Bantuan ETunai RM100 Rahmah: Semakan & Tarikh Penebusan

Kredit eTunai RM100 untuk golongan B40 & M40. Cara claim tebus e-Tunai rakyat dan mohon pada tarikh rasmi.

Pemberian kredit eTunai RM100 diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim menerusi Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI baru-baru ini.

Kredit eTunai RM100

Kredit ini diberikan kerana kerajaan telah melihat impak dan kejayaan besar skim e-tunai ini kepada masyarakat khususnya yang memerlukan.

Kredit RM100 akan diberikan kepada golongan dewasa berumur 21 tahun ke atas, peringkat B40 dan M40 dengan pendapatan hanya RM100,000 dan ke bawah.

Baca Juga : BSH RM300 Cara Mohon

Kriteria & Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk penerima kredit eTunai RM100:

  • Rakyat Malaysia.
  • Umur 21 dan ke atas.
  • Golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) (hanya untuk pendapatan RM100,000 dan ke bawah).

Bantuan e-tunai rm100 rahmah

EWallet Yang Terlibat

Pada masa ini, tiada maklumat dikeluarkan mengenai e-wallet yang menawarkan kredit eTunai RM100.

Walau bagaimanapun, berdasarkan bantuan e-tunai sebelum ini, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mungkin mengambil bahagian dalam memberikan bantuan ini adalah:

  • Boost
  • TnG (Touch N Go)
  • Setel

Sila muat turun terlebih dahulu untuk kemudahan anda.

Nota: Perkhidmatan e-dompet lain seperti GrabPay dan ShopeePay juga mungkin dikreditkan dengan kredit ini.

Tarikh Pembayaran eWallet RM100

Tarikh pengeluaran kredit RM100 masih lagi belum diumumkan buat masa ini. Kemungkinan akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

Sebarang maklumat mengenai tarikh pembayaran akan disiarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.

Kami akan memberitahu anda tidak lama lagi tentang sebarang maklumat tambahan mengenai pemberian kredit ini.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kredit eTunai RM100, anda boleh melayari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment