Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2021.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah mewujudkan satu bantuan program perumahan rakyat khas buat penduduk miskin dan miskin tegar di luar bandar iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Motif program ini adalah bertujuan bagi meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan keluarga miskin dan juga miskin tegar dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang selamat & selesa.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Apakah Skop Bantuan Yang Ditawarkan
Bina Baharu
Bantuan ini adalah untuk keluarga yang tidak mempunyai rumah ataupun rumah yang didiami terlalu usang, berbahaya untuk dihuni & tidak berkemampuan untuk membaiki.
Membaik Pulih
Komponen-komponen asas sebuah rumah dan bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan baharu. Baik pulih rumah hanya melibatkan 3 komponen utama iaitu:
-
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikan
- Requisition
Siapakah Sasaran Kumpulan Yang Layak Berada dibawah Program ini?
Berikut adalah kumpulan sasar yang layak untuk menerima bantuan PPRT:
-
- Pemohon telah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih)
- Pemohon telah diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) ataupun jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri
- Pemohon diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan
- Pemohon diperakui oleh jawatankuasan di peringkat kementerian
Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon?
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan PPRT bagi pemohon yang ingin bina baharu & baik pulih rumah.
Bagi pemohon yang ingin bina baharu:
-
- Pemohon yang tidak memiliki rumah
- Pemohon mendiami rumah yang terlalu uzur & tidak selamat didiami
- Rumah pemohon tidak ekonomik untuk dibaiki
- Pemohon memiliki tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu / bapa / adik-beradik / saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah kerajan atau tanah wakaf) dengan kemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
- Borang Kebenaran Menggunakan Tanah – KLIK SINI
Bagi pemohon yang ingin membaik pulih rumah:
-
- Bantuan diberikan kepada pemohon yang mempunyai rumah uzur ataupun rosak disebabkan oleh bencana & masih ekonomik untuk dibaiki.
- Pemohon mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain / tanah milik sebahagian / tanah kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
- Borang Kebenaran Menggunakan Tanah – KLIK SINI
*Penting, pemohon di dalam kategori dibawah akan diberikan keutamaan tertinggi:
-
- Warga emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggunan ramai.
- Manga bencana berskala kecil
- Keutamaan pelaksaan program adalah kepada negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Bagaimanakah Cara Membuat Permohonan?
-
- Sila buka laman web eSPKR di https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/
- Boleh klik pada bahagian “Program Perumahan Rakyat Termiskin”
- Sila isi maklumat yang diperlukan
- Sila muat naik dokumen
- Boleh buat perakuan sebelum menghantar permohonan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak KPLB di talian ini : 03-8000 8000.