ePrasekolah : Pendaftaran & Semakan Status Prasekolah Sesi 2022

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

ePrasekolah: Ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun , anda boleh untuk mendaftarkan anak anda ke prasekolah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun hadapan (2022) melalui sistem dan permohonan pendaftaran secara online.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui sistem ePrasekolah KPM.

Portal Info ingin kongsikan kepada anda maklumat terkini cara pendaftaran prasekolah melalui sistem ePrasekolah KPM dan cara menyemak status penempatan yang boleh dibuat mulai 5 Ogos sehingga 20 Ogos melalui sistem ePrasekolah seperti yang kami kongsikan di bawah.

Tarikh Permohonan ePrasekolah

Makluman untuk permohonan kemasukan untuk ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2022 secara dalam talian telah dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021 yang lalu.

Bagi murid tahun 1 pula, permohonan pendaftaran murid tahun 1 sekolah boleh dibuat di https://public.moe.gov.my bermula 1 Mac 2021 yang lalu.

Semak Keputusan Permohonan

Untuk semakan keputusan permohonan ePrasekolah boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 lalu.

Anda juga boleh membuat semakan di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my/

Untuk murid yang tidak layak, ibu bapa masih lagi berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.

Syarat-Syarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah 2021

Antara syarat-syaratnya ialah:

    • Kanak-kanak yang berwarganegara Malaysia sahaja.
    • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak memohon.

Fungsi Sistem ePrasekolah

Selaras kepada perkembangan teknologi pada masa kini, Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) telah pun membangunkan satu sistem aplikasi ePrasekolah agar dapat memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki prasekolah secara atas talian.

Selain daripada membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. Permohonan Untuk Ke Prasekolah KPM

    • Borang permohonan
    • Rayuan permohonan
    • Semak serta kemaskini permohonan

2. Kemaskini Maklumat Pengguna

    • Pastikan emel telah dikemaskini berdasarkan emel terkini yang aktif.

3. Carian Maklumat Institusi Prasekolah

    • Carian maklumat institusi prasekolah yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM).

4. Semakan Status Pendaftaran

    • Semakan status pendaftaran murid.

Cara Daftar ePrasekolah KPM

Untuk mendaftar ePrasekolah, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di bawah:

1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

Anda boleh layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my/ sama ada melalui komputer atau telefon pintar.

2. Daftar & Login 

Kepada pengguna yang baru menggunakan sistem ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang telah dibenarkan untuk mendaftar.

Pastikan emel yang telah didaftarkan adalah emel yang aktif.

3. Lengkapkan Maklumat

    • Muat turun manual lalu proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
    • Pastikan maklumat yang telah didaftarkan adalah maklumat ibu bapa / penjaga.
    • Pastikan nama yang telah didaftarkan adalah nama penuh serta nombor MyKad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah semasa pendaftaran.
    • Pastikan pengguna telah mengingati kata laluan dan jangan sesekali mendedahkan kata laluan kepada orang lain.
    • Pastikan alamat emel serta nombor telefon yang telah didaftarkan adalah aktif.

ePrasekolah

4. Kemaskini & Cetak

Bagi permohonan yang telah lengkap perlu dicetak serta dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021 berserta dokumen yang berkaitan.

Nota:

    • Untuk kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
    • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemaskini semula oleh ibu bapa / penjaga.
    • Ibu bapa / penjaga perlu mencetak lalu menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
    • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
    • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

5. Semakan Status Permohonan

Untuk semak keputusan permohonan kemasukan prasekolah bagi tahun 2022 telah dibuka bermula 5 Ogos 2021 lalu.

Kepada permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan pada tarikh 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).

ePrasekolah

Nota:

Status merujuk kepada status permohonan sama ada:

    • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan serta salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
    • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk emel lalu kemaskini maklumat yang berkenaan / hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
    • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
    • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
    • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

6. Rayuan

Permohonan rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).

    • Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa / penjaga melalui laman E-Prasekolah.
    • Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.

ePrasekolah

Bantuan / Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×