EPengeluaran KWSP Bagi Mereka Yang Sangat Memerlukan

Tahukah ada, e-Pengeluaran KWSP, ahli kini boleh membuat pengeluaran wang KWSP bagi tujuan tertentu.

Terdapat 17 jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan sekiranya anda benar-benar memerlukan.

Pengeluaran tersebut meliputi pengeluaran penuh atau sebahagian melalui i-Akaun, untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan tertentu.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini.

Mohon Juga : Bantuan Khas KWSP RM480

E-Pengeluaran KWSP 2023

EPengeluaran KWSP 2023 melibatkan pengeluaran penuh dan pengeluaran sebahagian.

Untuk pengeluaran penuh, pencarum boleh mengeluarkan wang kwsp jika meninggalkan negara, hilang upaya, berumur 55 tahun, berumur 60 tahun ataupun meninggal dunia.

Untuk pengeluaran sebahagian, pencarum boleh mengeluarkan KWSP jika pemohon berumur 50 tahun, untuk membina rumah, kesihatan, pendidikan, baki pinjaman perumahan, pembelian rumah, simpanan melebihi RM1 juta dan banyak lagi.

Pengeluaran Penuh

Pengeluaran Penuh boleh dilakukan untuk beberapa tujuan, antaranya ialah:

1. Meninggalkan Negara

Bagi ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat mengeluarkan kesemua simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

2. Hilang Upaya

Pengeluaran penuh KWSP juga dibenarkan kepada para ahlinya yang kehilangan keupayaan fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja.

Malah, malah pihak KWSP akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

3. Berumur 55 tahun

Jika ahli mencapai umur 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka sendiri. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 juga akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Oleh itu KWSP akan membenarkan mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa.

4. Capai Umur 60 Tahun

Untuk makluman, sekiranya pencarum memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun Emas. Ia bagaimanapun hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 60 tahun.

Pada usia itu, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.

5. Meninggal Dunia

Jika ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh boleh dibuat oleh waris. Makanya, pihak KWSP sangat menggalakkan para pencarum untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang masalah dan kesulitan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut bagi pengeluaran khas KWSP, sila layari KWSP Pengeluaran. Semoga bermanfaat.

Leave a Comment