Ramai orang sekeliling kita meluahkan rasa kekecewaan bila mereka diberhentikan kerja. Ini adalah situasi lazim yang dijangka akan berlaku. Waktu Pandemik adalah suasana yang sukar diadaptasi bagi semua rakyat Malaysia.
Malahan syarikat besar dan kecil gagal bertahan dan jalan penyelesaiannya ialah dengan membuang pekerja demi kelangsungan syarikat.
Dan apabila pekerja diberhentikan mereka jadi terpinga-pinga mencari katalis untuk bangkit semula dari kejatuhan ekonomi diri.
Alhamdullilah hadirnya tanggungjawab kerajaan dengan sistem inisiatif yang berkesan dapat membantu mereka yang teraniaya.
Selain bantuan kewangan, pekerja juga layak untuk memohon pelbagai faedah kehilangan pekerjaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (EIS / SIP PERKESO).
Apakah Sip PERKESO?
EIS (Employer Insurance System) atau SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) PERKESO menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).
Sekiranya anda pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan, anda mungkin layak untuk menerima 2 faedah berikut:
-
- Faedah berbentuk kewangan
- Faedah bantuan pencarian pekerjaan
Syarat Kelayakan untuk Memohon Elaun?
Pekerja yang layak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti berikut:
- Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
- Berumur 18-60 tahun*
- Bekerja dengan sektor swasta**
- Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
Pengecualian
-
- Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
- Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.
Syarat Permohonan Tuntutan Faedah SIP
-
- Permohonan tuntutan faedah haruslah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
- Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sebab Kehilangan Pekerjaan Yang Layak Tuntut SIP PERKESO
-
- Pembuangan kerja / pertindihan
- VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
- Bankrap atau penutupan tempat kerja
- Pembuangan kerja konstruktif
- Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
- Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
Sebab kehilangan pekerjaan yang tidak dipertimbangkan:
-
- Pembuangan akibat salah laku pekerja
- Peletakan jawatan sukarela oleh pekerja
- Persaraan
- Tempoh kontrak perkhidmatan tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak perkhidmatan)
Apa Yang Akan Diprolehi Melalui SIP PERKESO?
Terdapat dua jenis faedah yang akan diprolehi sama ada dalam bentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan.
Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:
1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
-
- Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal.
- Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan.
- Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC.
- Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya.
2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
-
- Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan
- Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
- Dibayar secara pukal
3. Fi / Yuran Latihan (FL)
-
- Kemudahan latihan vokasional
- Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih
- Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000
4. Elaun Latihan (EL)
-
- Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
- Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
- Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL
5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
-
- Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal
- Sebanyak 25% daripada baki EMP
- Dibayar secara pukal
SIP telah menyediakan 2 jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:
1. Program Penempatan Pekerjaan
Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula.
2. Kaunseling Kerjaya
Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.
Bagaimana Cara Untuk Memohon?
Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara atas talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.
Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan;
-
- Salinan KPPN
- Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
- Salinan maklumat akaun bank
- Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
*Kemukakan juga dokumen sokongan tambahan bagi melengkapkan tuntutan–tuntutan faedah yang diminta menurut jenis tuntutan yang layak diterima .
Dokumen sokongan yang disertakan bagi semua jenis faedah adalah seperti dibawah:
- Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Laporan kepada Program Penempatan Pekerjaan Semula
- Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
- Perakuan semasa majikan aktif
- Fi Latihan (FL)
- Surat tawaran latihan
- Invois daripada pneyedia latihan
- Laporan kehadiran latihan
- Elaun Latihan (EL)
- Surat menjalani latihan
- Bukti kehadiran latihan
- Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
- Surat tawaran kerja
- Dokumen pembuktian melapor diri seperti kad perakam waktu dan lain-lain
Cara Semakan SIP PERKESO
-
- Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal Rasmi SIP / EIS PERKESO.
- Kes permohonan SIP yang telah ditolak boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan ke alamat berikut: Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial, Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
- Sila layari Portal EIS atau PERKESO untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang pelbagai lagi perkhidmatan yang ditawarkan. Atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau melalui emel eis@perkeso.gov.my