Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Elaun Pekerja RM1,000 Wajib Mohon Untuk Pencari Kerja | Tutup Jumaat Ini!
Jom segera dapatkan insentif gaji bantuan kewangan ini sebelum tarikh tutup.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Elaun Ini Dipanggil Sebagai SIP Prihatin 2.0
Ia adalah program di bawah PERKESO di mana dalam program ini anda akan dapat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) & Elaun Persediaan Bekerja (EPB).
Berapa Jumlah Bantuan?
Elaun Mencari Pekerjaan(EMP) : Insentif RM300 sebulan untuk 2 bulan.
-
- Perlu hadir 3 temu duga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan.
- Temu duga fizikal atau dalam talian.
Elaun Persediaan Bekerja(EPB) : Insentif RM400 sekali bayar.
-
- Sekiranya individu tersebut kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama.
- Hadir sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima EMP (Elaun Mencari Pekerjaan).
Apakah Syarat Kelayakan Bantuan?
Perluasan elaun mencari pekerjaan ini tempoh 2 bulan bagi mereka yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans PERKESO serta mereka yang menganggur & aktif cari pekerjaan.
-
- Individu yang hilang kerja yang tidak dilindungi Sistem Insurans Pekerjaan.
- Mengganggur.
- Daftar & aktif cari kerja dalam MyfutureJobs.
- Hadir sekurang-kurangnya 6 temu duga dalam 2 bulan.
Bagaimana Cara Mohon SIP?
-
- Anda harus membuat permohonan dengan mendaftar di Portal MyFutureJobs.
- Kemudian, download Apps Prihatin PERKESO di Google PlaystoreGoogle Playstore atau Apple PlaystoreApple Playstore.
- Pilih pekerjaan, hadir temuduga & kemaskini Log Aktiviti anda di Portal MyFutureJobs tersebut.
- Update tarikh kembali bekerja di Apps PERKESO jika anda dapat kerja.
- Anda akan dapat bayaran & elaun selepas dapat kelulusan.
*Tarikh Tutup – Sila mohon sebelum 31 Disember 2021.
Maklumat Lanjut
Ada sebarang pertanyaan? Anda boleh hubungi di talian
1-300-22-8000
atau hantar emel ke myfuturejobs@perkeso.gov.my