Elakkan Beli Ketam Takde Isi!!! Anak Nelayan Ini Kongsi Cara Pilih Ketam, Isi Padat Siap Ada Telur!

KETAM merupakan antara makanan laut yang sedap tapi mahal. Pernah tak korang beli ketam dapat isi penuh dan manis dan ada telur? Haaaa! Nikmat kan?

Lagi-lagi ketam masak lemak cili api. Memang sedap dan buat kita tambah nasi. Tambah pula kalau makan dengan sambal goreng ketagih ni -> , pasti tidur nyenyak malam.

Dengan hanya membayangkan kesedapan ketam masak lemak cili api, sudah cukup untuk membuatkan kita terliur.

Sekiranya bercadang membeli ketam, kita perlulah mengambil tahu serba sedikit tentang cara pemilihannya supaya ketam yang dibeli padat isinya.

Ketam masak lemak cili api antara menu kegemaran ramai. -Gambar hiasan

Apatah lagi sekiranya kita dapat ketam yang mempunyai telur, memang puas hati!

Seperti kita sedia maklum, harga ketam di pasaran bukanlah murah jadi kalau terbeli yang tiada isi pasti akan kecewa.

Bagi mereka yang belum tahu cara pemilihan ketam, bolehlah ikuti petua dikongsikan seorang anak nelayan, Siti Aminah Yousoff di Facebook.

1. Berat

Semasa memilih, pastikan ketam yang dipegang itu berat. Walaupun kecil, isinya perlulah padat.

Anda mungkin terbeli ketam yang kurang isinya jika tidak tahu cara memilih.

2. Pilih ketam betina (ada telur)

Terdapat perbezaan antara ketam jantan dan betina.

Bentuk segi tiga pada badan ketam jantan lebih kecil berbanding betina.

Jadi, sekiranya mahu ketam isinya padu dan banyak telur, pilihlah ketam betina.

3. Warna bahagian bawah ketam

Lihat pada kawasan bertanda bulatan merah (rujuk gambar atas).

Pastikan kawasan tersebut berwarna kuning atau oren sewaktu memilih ketam.

Dalam hantaran sama, Aminah menunjukkan hasil ‘tangkapan’ ketam yang sememangnya sarat dengan isi dan telur.

Leave a Comment