Pada ketika ini, ekonomi ramai orang telah terjejas. Ramai yang terkesan akibat tragedi covid19 dan banjir pada tahun lepas. Oleh itu penstrukturan semula kadar pinjaman ASB adalah wajar Namun, ianya bergantung pada tahap kematangan akaun pinjaman anda dan juga pihak bank loan ASB anda.
Antara bank yang bertindak sebagai ejen dana ASB seperti:
- MAYBANK
- CIMB
- RHB
Cara Terminate Loan ASB:
Maybank
1. Kunjungi mana-mana cawangan Maybank dan lampirkan kad pengenalan anda.
2. Bawa dokumen seperti nombor akaun pinjaman ASB anda.
3. Kemudian, maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
4. Pegawai bank akan periksa status akaun pinjaman anda untuk menyemak baki, status tunggakan dan sebagainya.
5. Anda perlu nyatakan alasan yang kukuh untuk menyokong tindakan anda untuk membatalkan pinjaman ASB anda.
6. Pegawai akan berikan borang membatalkan pinjaman ASB untuk diisi.
7. Setelah borang permohonan selesai diisi, pegawai bank akan memeriksa cap jari.
8. Jika tiada masalah, urusan terminate asb loan bank Maybank anda akan segera selesai.
CIMB
1. Kunjungi mana-mana cawangan CIMB dan lampirkan kad pengenalan anda.
2. Kemudian, maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB.
3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
4. Kemudian, anda perlu nyatakan alasan munasabah kepada pegawai bank sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
5. Isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
6. Proses terminate asb loan bank CIMB akan diproses segera.
RHB
1.Semak status ASB anda terlebih dahulu sebelum ke cawangan RHB berdekatan anda. Jika loan asb yang anda belum cukup tempoh 36 bulan bayaran, anda akan dikenakan denda.
2. Maklumkan yang anda ingin terminate pinjaman ASB anda.
3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk membuat semakan status pinjaman anda.
4. Nyatakan sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
5. Kemudian, isikan borang permohonan pembatalan pinjaman ASB dan diserahkan kepada pegawai bank.
6. Kemudian pegawai bank akan memeriksa cap jari anda.
7. Proses terminate asb loan bank RHB anda akan diproses.
*Tempoh 2 bulan untuk urusan jualan balik and urusan BNM diperlukan. Selepas proses ini selesai, anda akan tahu berapa jumlah hasil yang diperolehi daripada terminate asb loan RHB.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut yang berkenaan, sila hubungi agen ASB anda masing-masing mengikut bank.