Berita baik untuk mahasiswa, e-Baucar Buku telah diperkenalkan dan diedarkan bagi mahasiswa untuk membeli buku bagi tujuan akademik di IPT.
Pemberian baucar buku ini adalah salah satu tawaran Tekad Kita Selangor sepanjang 100 hari pertama kerajaan negeri Selangor.
Inisiatif itu bertujuan untuk mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan dengan jumlah peruntukan RM200,000.
Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari, insentif baucar ini adalah yang terakhir daripada lima faedah yang dijanjikan dalam manifesto Selangor.
Setakat ini, kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan empat perkara iaitu insentif Mama Kerja RM1,000 untuk wanita, pengecualian cukai pintu, kenaikan elaun imam, bilal dan siak serta insentif pertanian RM1,000.
Untuk permulaan, bilangan penerima baucar ini adalah sebanyak 1,000 penerima di seluruh Selangor.
Jumlah e-Baucar Buku
Baucar buku yang akan diterima penerima ialah bernilai RM200 per orang.
Jumlah Penerima e-Baucar Buku
Pertama, jumlah penerima baucar ini sebanyak 1000 orang di seluruh Selangor.
Penerima yang terlibat adalah mereka yang menuntut di insitutsi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.
IPT Yang Terlibat Bantuan e-Baucar Buku
Mahasiswa di IPTA/IPTS berikut layak untuk menerima e-baucar ini:
- Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC)
- Universiti Selangor (Unisel)
- Universiti Islam Selangor (UIS)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM).
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
Cara Tebus e-Baucar Buku
Untuk menebus e-Baucar Buku ini, mahasiswa yang memenuhi syarat boleh menukarkannya secara digital melalui pautan https://mall.bookcapital.com.my/ milik Perbadanan Kota Buku Perbadanan Kota Buku (agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia).
Penebusan e-Baucar adalah terhad sehingga 31 Disember 2023 sahaja.
Join Group Telegram (B40 Sahaja)
📌 https://t.me/bantuankerajaan