Sudah Dua Dose Vaksin Tapi Sijil Tak Keluar-Keluar? Ikut Langkah Ini | MySejahtera

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Kalau sudah lengkap 2 vaksin pasti sudah tentu dapat sijil vaksinasi. Itu jika beranggapan anda sudah kemasikini paparan sijil digital di dalam aplikasi MySejahtera.
Akan tetapi ada sesetengah orang tidak mendapat sijil di MySejahtera dan hanya menggunakan kad vaksin sebagai bukti yang mana hanya boleh digunakan untuk sementara waktu sahaja.

Apakah Faktor Sijil Vaksin Tidak Dikemaskini ?

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut :
    • Nombor siri vaksin yang tidak dikemaskini di stesen terakhir semasa menerima suntikan
    • Maklumat penerima di dalam aplikasi MySejahtera berbeza dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    • Penerima yang mendapat suntikan vaksin di luar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seperti program dijalankan oleh kerajaan negeri, pihak swasta, pejabat kedutaan dan penerima vaksin di luar negara apabila data-data tersebut tidak melalui sistem sedia ada.

Jangan bimbang Portal Info akan membantu anda dengan panduan yang betul. Sila ikuti langkah seperti berikut:

Langkah 1
Pergi ke aplikasi MySejahtera dan tekan butang Helpdesk.

Langkah 2

Setelah itu, tekan pada permasalah yang dihadapi iaitu “M” Saya telah divaksin tetapi sijil digital tiada di halaman profil

Langkah 3

Kemudian, pengguna kena mengemaskini maklumat yang diperlukan

Langkah 4

Masukkan maklumat vaksinasi anda. Pastikan jenis vaksin, tarikh vaksinasi dan tempat vaksinasi adalah betul.

Langkah 5

Setel! Pengguna cuma perlu memuat naik gambar kad vaksinasi di bahagian ini. Jika anda sudahpun buang atau tiada kad, tekan sahaja butang “hantar”. Pastikan setelah anda lengkap menerima 2 dos suntikan vaksin, semak aplikasi MySejahtera pada bahagian profile. Ini kerana Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 seharusnya terpapar terus. Sekiranya tidak muncul, terus ke kaunter PPV segera untuk mendapatkan bantuan.

Semoga urusan anda dipermudahkan.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×