Belanjawan 2022 | Diskaun PTPTN 15% Bermula Nov 2021

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Belanjawan 2022 | Diskaun PTPTN 15% Bermula Nov 2021
embentangan Belanjawan dan Bajet 2022 telah berlaku. Diucapkan pada pukul 4.00 PM, oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan.

Bajet 2022 dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama.

Melalui bajet 2022 ini, amat penting bagi kerajaan mengenalpasti segala bentuk beban yang ditanggung rakyat meskipun sekecil-kecil perkara. Jika berkenaan hutang apa lagi kalau tidak pinjaman pelajaran PTPTN. Segelintir rakyat mengalami kesukaran membayar pinjaman tersebut dek kerana situasi pandemik yang berlaku. Jadi, kerajaan mewujudkan diskaun PTPTN bermula NOV 2021. Walaupun, jumlah diskaun tidak seberapa sekurang kurangnnya boleh memberikan kelonggaran dan peluang bagi rakyat melangsaikan hutang.

Matlamat Bajet 2022

Bajet 2022 mengutamakan jenis bantuan seperti perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.

Bukan itu saja, teras utama dalam bajet 2022 ini memfokuskan pada 3M iaitu :

    • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
    • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
    • Memangkin Pembaharuan

Peruntukkan untuk bajet 2022 akan dinaikkan berbanding bajet 2021 . Setelah memperincikan matlamat dalam memelihari kebajikan rakyat , kerajaan akan menampilkan beberapa penambahbaikkan dan pengenalan kepada bantuan dan inisiatif baru.

Diskaun PTPTN

Antara isi kandungan bajet 2022 yang menjadi perhatian bekas pelajar ialah diskaun PTPTN yang diberikan seperti dibawah :

    • Diskaun 15% baki hutang penyelesaian penuh.
    • Diskaun 12% bayaran > 50% baki hutang dalam sekali bayaran.
    • Diskaun 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.

*Diskaun ini akan diberikan bermula 1 Nov 2021 Sehingga 30 April 2022.

Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×