Para ibu bapa tentu tahu. Menunaikan haji ialah satu daripada rukun Islam. Jika ada rezeki mesti kita mahu menunaikannya.
Tapi tak ramai mampu dan berdaya untuk menunaikan haji kerana kosnya yang tinggi. Namun, mujur wujudnya Tabung Haji yang membantu merealisasikan cita-cita itu.
Tahukah anda? Tabung Haji telah mewujudkan program untuk pendaftaran akaun untuk kanak-kanak. Pembukaan akaun ini boleh dibuka untuk masa depan mereka suatu hari nanti.
Bukan sahaja untuk menunaikan haji tapi untuk kegunaan penyimpanan wang untuk pelajaran.
Jadi ikut kami, kongsikan cara daftar Tabung Haji anak.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Pendaftaran Tabung Haji Anak Harus Dibuat Di Kaunter
Pendaftaran akaun kanak-kanak ini tidak boleh dibuat secara online, anda perlu hadirkan diri ke mana-mana cawangan Tabung Haji yang berdekatan.
Sila bawa dokumen-dokumen seperti dibawah:
-
- MyKad ibu/bapa
- MyKid anak
- Wang sekurang-kurangnya RM10 untuk deposit dalam akaun TH.
- Jika anda ingin mendaftarkan dan mendapatkan tahun untuk menunaikan Haji, anda perlu depositkan sebanyak RM1300.
Sila ke lokasi kaunter pendaftaran Tabung Haji dan anda akan dibantu oleh pegawai yang bertugas.
Pendaftaran Akaun Tabung Haji Anak Dengan Bank Lain
Pendaftaran Akaun Tabung Haji juga boleh dibuat dengan bank lain.
1. Bank Islam
Akaun Bank Islam perlu dibuat terlebih dahulu barulah dibolehkan untuk membuka akaun Tabung Haji.
Seterusnya, sila bawa dokumen berikut:
-
- Kad Pengenalan (MyKad)
- Buku Tabung Haji (jika ada)
- Kad ATM Bank Islam
- Isi borang Tabung Haji Account Registration Form
2. Bank Rakyat
Buka Akaun Bank Rakyat Terlebih Dahulu.
Bawa dokumen seperti dibawah:
-
- Kad Pengenalan (MyKad)
- Borang Maklumat Ahli Tabung Haji (JP003)
- Borang penama Tabung Haji
- Deposit minimum sebanyak RM2.00 sahaja
Apakah Syarat Untuk Buka Akaun Kanak-Kanak?
- Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
- Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
- Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
- Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
- Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.
Jika syarat-syarat ini sudah dipenuhi, sila buat pendaftaran akaun di semua Kaunter TH & Kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) dan TH Komuniti.
Tak Perlu Bawa Anak Untuk Buka Akaun
Membawa Mykad atau mykid sudah cukup untuk membuktikan bahawa anda ialah si ibu bapa bagi kanak-kanak tersebut.
Proses pendaftaran ini sangat mudah.
6. Cara Link Tabung Haji Anak Dengan Maybank
Kebanyakkan penjaga merupakan pemilik akaun Maybank2u.
Apabila akaun sudah didaftarkan, lebih mudah jika akaun tersebut di link kan .Ia akan memudahkan untuk melihat transaksi, buat deposit atau pengeluaran.
- Sila melawat ke ATM Maybank berdekatan. Masukkan kad ATM dan no pin.
- Pilih Tabung Haji
- Klik Daftar Akaun Kanak-kanak TH ke ATM
- Masukkan nombor akaun Tabung Haji & nombor siri Buku Akaun Simpanan.
- Isikan nombor MyKid anak anda.
- Nombor akaun dan nombor siri buku akaun TH anak anda akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan nombor yang betul dan tekan Ya untuk pengesahan.
- Transaksi anda akan diproses dan resit akan dikeluarkan sekiranya berjaya.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua.