COVID-19: KKM Mohon Ibu Bapa & Penjaga Proaktif Melindungi Kanak-Kanak

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa ibu bapa dan penjaga mengambil tindakan proaktif bagi melindungi kanak-kanak supaya tidak terdedah kepada bahaya jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka perlu memantau pergerakan anak-anak agar kekal berada di rumah dan tidak keluar berjumpa kawan atau mengunjungi jiran tetangga.

Baca Juga: BPR Tambahan & Moratorium Automatik

COVID-19

Beliau turut menegaskan, KKM sangat bimbang dengan situasi penularan wabak itu dalam kalangan kanak-kanak, terutama membabitkan bayi berumur kurang setahun serta kanak-kanak berusia bawah lima tahun.

“Hanya wakil keluarga dibenarkan memberi barangan keperluan keluarga, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ibu bapa sendiri perlu menjalankan tanggungjawab ini, sekali gus tidak membenarkan anak remaja mengunjungi tempat awam yang sesak serta berisiko tinggi,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, anak-anak perlu dinasihatkan agar sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan kendiri yang betul jika terpaksa keluar rumah atau urusan tidak dapat dielakkan seperti ke hospital atau klinik.

“Ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak-kanak yang berusia lima tahun, perlu menjalankan tanggungjawab dengan kekal duduk di rumah serta tidak membawa anak ke tempat berisiko seperti seperti pasar raya, pasar awam dan tempat sesak lain.

“Gunakan pembelian dalam talian bagi membantu mendapatkan keperluan harian,” katanya.

Sebagaimana dimaklumkan oleh KKM, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 82,341 jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak sepanjang tempoh antara 25 Januari 2020 hingga 30 Mei lalu, termasuk 19,581 berumur kurang lima tahun.

Menurut beliau, peratusan tertinggi membabitkan kanak-kanak berumur 13 hingga kurang 18 tahun (33.27 peratus) yang berkemungkinan disebabkan golongan itu lebih banyak bergerak dan menjalankan aktiviti luar.

Sama ada disedari ataupun tidak, beliau menjelaskan, ia membawa risiko jangkitan COVID-19 kepada diri mereka, adik-beradik dan ahli keluarga lain, terutama jika tidka mengikut nasihat diberikan KKM.

“KKM berharap segala maklumat diberi mengenai isi ini dapat memberi kesedaran kepada semua pihak, terutama ibu bapa dan penjaga mengenai situasi penularan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa beperanan sebagai pelindung kanak-kanak.

“Semua pihak, terutama ibu bapa, diminta mengambil berat isu keselamatan serta kesihatan kanak-kanak memandangkan mereka masih kecil dan sistem pertahanan tubuh belum matang. Oleh itu, mereka mudah cenderung untuk dijangkiti virus SARS-Cov-2.

“Kumpulan ini juga belum termasuk dalam golongan usia layak menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Justeru, ibu bapa dan masyarakat sekitar harus melindungi mereka dengan mendaftarkan diri bagi mendapatkan suntikan vaksin. Melalui cara ini, persekitaran yang lebih selamat dapat sama-sama kita bina bagi kelestarian generasi masa hadapan,” katanya.

 

 

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×