Caruman KWSP Turun Kepada 9% Dilanjutkan Sehingga Jun 2022

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Caruman KWSP Turun Kepada 9% Dilanjutkan Sehingga Jun 2022

Ini mungkin satu berita gembira atau satu berita biasa kepada rakyat. Caruman Syer Pekerja untuk KWSP kini telah diturunkan Pada 9%. Adakah ini bermaksud gaji yang diterima akan menjadi lebih banyak?

Informasi dalam ucapan Bajet 2022, pihak kerajaan menyatakan yang pihak mereka amat memahami batasan kewangan yang dialami oleh rakyat kesan daripada arahan PKP yang agak lama dan berpanjangan lebih-lebih lagi dari segi pengurusan aliran tunai, jadi untuk menambah wang dalam tangan kepada rakyat, pihak KWSP akan melanjutkan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus ke 9 peratus sehingga Jun 2022 dimana ini melibatkan anggaran nilai sebanyak 2 bilion ringgit.

caruman kwsp

Untuk caruman mulai Februari 2020 hingga Januari 2021 adalah sebanyak 7% seperti yang diumumkan sebelum ini. Akan tetapi menurut pengumuman yang terbaharu, pihak KWSP akan menurunkan caruman syer pekerja kepada 9% dimana potongan ni akan dilakukan secara automatik mulai Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah bulan Disember 2021 (Caruman Januari 2022).

Sila layari laman web ONVIRAL untuk mengetahui berita semasa disamping permohonan untuk bantuan-bantuan terkini kerajaan serta maklumat lain.

Sekiranya anda masih lagi tertanya-tanya dan keliru, sila rujuk soalan lazim seperti dibawah:

    1. Adakah sesiapa yang akan terkesan dengan kadar caruman baru ini?
      Jawapan : Pekerja yang belum mencapai 60 tahun mungkin akan merasa terkesan dengan kadar caruman yang baru ni. Bagi mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun, kadar caruman masih lagi dikekal seperti kadar caruman yang lama, iaitu 11%.
    2. Apakah kesan sekiranya kadar caruman ini diturunkan?
      Jawapan : Sekiranya kadar caruman ini diturunkan, pendapatan bulanan dalam tangan pencarum akan lagi bertambah. Jadi, anda boleh gunakan duit lebihan tersebut untuk pembayaran belanja bulanan tambahan.
    3. Adakah dibenarkan sekiranya ada dikalangan pencarum yang mahu mengekalkan kadar caruman pada 11% sahaja?
      Jawapan : Ini merupakan pilihan anda. Anda boleh membuat pilihan samada mahu mengekalkan caruman pada 11%  atau mahu mengikut kadar caruman yang baru.
    4. Bagaimanakah langkah untuk melakukan permohonan untuk mengekalkan kadar caruman pada 11%?
      Jawapan : Anda boleh lakukan permohonan untuk pengekalan kadar caruman ni bermula 1 Disember 2020. Sila rujuk langkah di bawah:
      • Sila muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021) dengan menekan pada pautan KLIK DISINI
      • Sila isi borang sehingga lengkap dan kemudian serah kepada majikan.
      • Pihak majikan perlu kunci masuk maklumat pemohon ke dalam i-Akaun (Majikan). Pihak majikan hanya boleh mula kunci masuk maklumat pemohon bermula 14 Disember 2020.
      • Pihak majikan juga perlu simpan borang sebagai rekod.

Maklumat Penting : Majikan anda boleh menerima permohonan dari pekerja untuk mengekalkan caruman ini melalui pelbagai saluran media seperti emel, Whatsapp, SMS dan lain-lain.

Perbezaan Jumlah Gaji Mengikut Peratus Penolakan Caruman KWSP

Perbezaan gaji yang anda akan dapat dengan 11% dan 9% adalah seperti di bawah. Contoh Gaji Anda adalah RM2,000, jadi gaji anda selepas penolakan KWSP adalah:

    • Kalau kekal 11% selepas caruman akan dapat gaji sebanyak RM1780
    • Kalau turun 9% selepas caruman akan dapat gaji sebanyak RM1820

Maklumat Lanjut

Baca Juga : “Dia (Allah) sangat saya sayang dan amat berharga…” Penyanyi Marcell Bangga PeIuk Islam

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×