Cara Tukar Password MyBSN Online, Jika Lupa Kata Laluan BSN

Cara Tukar Password MyBSN

Bagi semua pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking, yang terlupa kata laluan  atau password, kini tak perlu risau.

Apakah Cara Tukar Password BSN Online Banking?

Pastikan anda ada semua maklumat dibawah:

    • Mempunyai internet yang stabil.
    • Sediakan kad ATM / kad debit BSN beserta nombor pin anda.
    • Masih menggunakan nombor telefon yang didaftarkan dengan BSN jika tidak boleh call Bank terlebih dahulu.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Bagaimana Cara Tukar Password BSN Online Banking?

Langkah 1

Layari mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

* Elakkan membuka melalui link yang tidak disahkan.

Sila klik pada Forgot Password.

Langkah 2

Isi username, debit card number, no pin kad atm (Paparan ini akan muncul sejurus sahaja anda taip nombor kad debit yang 16 digit tu).

Isi cvv2 (3 angka dkt belakang kad), expiry date (Depan kad ada bahagian tertulis Valid Thru) serta IC anda.

Sila tekan submit.

 

Langkah 3

Kemudian taipkan password baru anda.

Password ini perlu unik & anda perlu ingat.

 

Langkah 4

Taip semula password tadi & selepas itu tekan Request OTP. Rujuk gambar di bawah.

Sudah dapat OTP, sila isi nombor tersebut di ruangan OTP NUMBER.

Tekan submit.

Langkah 5

Jika tiada masalah , bermakna proses penukaran telah berjalan dan tunggu sehingga anda mendapat notis.

Selepas itu sila login semula menggunakan password baru yang telah ditukar tadi.

Selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900 atau e-mel ke customercare@bsn.com.my atau layari https://www.bsn.com.my/

Leave a Comment