Adakah anda tahu bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda atau kawan-kawan anda ingin menukar nama pemilik kenderaan yang sudah meninggal dunia? Mungkin ada diantara pembaca yang tidak pernah tahu akan prosedur dan tatacara bukan?
Tatacara Menukar Nama Pemilik Kenderaan Yang Meninggal Dunia
Langkah Pertama : Selesaikan Pembahagian Harta
Langkah pertama sudah tentu waris perlu selesaikan pembahagian harta pusaka. Sila rujuk maklumat di bawah:
-
- Kenderaan pemilik yang telah meninggal dunia akan dikira sebagai harta pusaka.
- Oleh sebab itu, pembahagian harta pusaka mesti diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik dilakukan.
- Anda memerlukan salah satu daripada dokumen di bawah untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik yang meninggal dunia:
-
-
- Surat Perintah Mahkamah
- Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
- Surat Akuan Amanahraya
- Surat Pentadbir Pusaka
-
Langkah Kedua : Menjalani Ujian Puspakom
-
- Sila sediakan geran asal untuk ujian kenderaan Puspakom.
- Sila layari website Puspakom untuk menyemak Puspakom terdekat.
- Sila hubungi (Telefon) atau datang sendiri ke kaunter Puspakom untuk membuat temujanji Ujian Tukar Hakmilik (B5).
- Sila bawa kenderaan bersama dengan geran asal pada hari ujian. Anda akan mendapat surat keputusan pemeriksaan Puspakom samada lulus atau gagal selepas ujian selesai.
- Sekiranya ujian lulus, anda boleh teruskan dengan proses pertukaran nama. Namun sekiranya anda gagal, sila dapatkan kepastian daripada petugas Puspakom mengenai apa yang menyebabkan ujian kenderaan anda gagal.
- Anda mungkin perlu menghantar kenderaan anda ke bengkel lagi untuk baiki dan ulang semula ujian Puspakom.
Langkah Ketiga : Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru
-
- Sila pastikan anda membeli insurans kenderaan atas nama pemilik baru terlebih dahulu sebelum pergi ke JPJ untuk proses pertukaran nama kenderaan.
- Kemudian sila beritahu ejen insurans yang kereta tersebut sedang dalam proses pertukaran nama.
Langkah keempat: Proses Pertukaran Nama Pemilik Kenderaan
Sila lengkapkan dan sediakan borang-borang di bawah berserta dokumen berkaitan:
-
- Dua salinan borang TM3 (Borang Senarai Semak)
- Dua salinan borang JPJK3A (Borang Pertukaran Milikan Kenderaan)
- Geran asal
- Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hakmilik (B5) PUSPAKOM
- Salah satu dokumen berikut:
- Surat Perintah Mahkamah
- Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
- Surat Akuan Amanahraya
- Surat Pentadbir Pusaka
Nota : Anda dinasihatkan untuk pergi sendiri ke JPJ untuk urusan tukar nama. Jika anda menggunakan wakil, anda perlu mengisi borang tambahan serta maklumat pengesahan identiti.
Langkah kelima: Membuat Roadtax
Setelah anda mendapat geran baru, anda boleh terus melakukan pembayaran roadtax kenderaan anda di kaunter JPJ ataupun secara online.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang pertukaran nama kereta bagi pemilik yang sudah meninggal dunia, sila layari https://www.jpj.gov.my/ atau hantarkan aduan anda ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) talian 03 – 8000 8000 atau emailkan ke aduantrafik@jpj.gov.my.