Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah

Pernah dengar mengenai Simpanan Shariah KWSP ini?

Apakah Akaun Simpanan Shariah KWSP?

Simpanan Shariah merupakan suatu pilihan simpanan bagi ahli yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP mengikut prinsip syariah.

Bagi memastikan Simpanan Shariah diuruskan mengikut syariah sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 43A Akta, suatu rangka kerja tadbir urus syariah diwujudkan untuk mentadbir urus aspek pematuhan syariah bagi Simpanan Shariah.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Mengapa Perlu Tukar Akaun Syariah?

Bagi yang beragama Islam,

    • Membantu ahli menyediakan simpanan persaraan yang diuruskan secara patuh syariah untuk kegunaan ahli dan keluarga terutamanya untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tanpa sebarang keraguan dan was-was ke atas sumber dana.
    • Memastikan simpanan ahli tidak digunakan bagi tujuan yang bercanggah dengan syarak terutamanya riba (faedah), maysir (perjudian) dan gharar (ketidak pastian di dalam kontrak) yang sering terdapat di dalam pelaburan di dalam perbankan konvensional dan insuran.
    • Membantu ahli (sekiranya meninggal dunia) menyediakan dana yang halal (simpanan ahli) untuk diagihkan kepada waris sebagai pusaka.

Bagi ahli yang bukan beragama Islam, anda juga boleh bertukar kepada akaun shariah ini.

Ia sebagai alternatif kepada Simpanan Konvensional, di mana:

    • Objektif pelaburan dan profil risiko yang sama.
    • Alokasi aset strategik yang sama.
    • Hanya melabur di dalam pelaburan beretika yang mematuhi prinsip syariah.
    • Pendedahan pelaburan yang minima di dalam sektor kewangan berbanding Simpanan Konvensional.

Kadar Dividen Akaun Simpanan Syariah vs Akaun Konvensional

Kadar dividen akaun simpanan shariah dan akaun konvensional adalah secara kompetitif.

Malah, lebih mudah lagi kerana akaun simpanan shariah tidak perlu dilakukan penyucian dividen KWSP.

Cara Tukar Akaun Konvensional Ke Akaun Shariah

Ahli perlulah mendaftar i-Akaun Ahli terlebih dahulu untuk membolehkan permohonan pendaftaran Simpanan Shariah dilakukan secara dalam talian.

Caranya:

Langkah 1 – Sila Log masuk ke i-Akaun (Ahli)

Langkah 2 –  Sila pilih tab Simpanan Shariah

Langkah 3 –  Ikut panduan dan arahan untuk pertukaran ke Simpanan Shariah.

Anda perlu membuat pengesahan maklumat ahli, akad Simpanan dan pengesahan persetujuan akad menggunakan TAC.

*Penting: Pertukaran akaun tidak lagi boleh dibuat sekiranya tarikh tamat kuasa sudah tamat.

Apakah Beza Akaun Konvensional VS Akaun Shariah?

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang maklumat lanjut tentang Akaun Shariah KWSP, boleh rujuk dibawah:

https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah 

 

Leave a Comment