Cara Tebus eWallet RM100 & RM200 untuk tahun 2023 bagi mereka yang berkelayakan. Semakan,permohonan online & cara daftar bantuan kredit etunai (e-Wallet) percuma.
Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun kini boleh menikmati manfaat program eTunai Belia Rahmah menjelang 2023.
Artikel ini akan menerangkan cara mendaftar dan menebus kredit e-dompet RM200 dan bantuan tunai RM100 untuk B40 dan M40.
Artikel Berkaitan :
Bantuan eTunai Madani
Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program bantuan eTunai dalam Bajet 2023. Kerajaan Malaysia akan menyediakan RM400 juta untuk skim itu, dengan RM200 untuk setiap penerima yang layak, dianggarkan 2 juta orang.
ETunai RM100
Pada 27 Julai 2023, PM telah umumkan pemberian tunai sebanyak RM100 kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
ETunai Belia Rahmah RM200
Manakala bagi golongan belia pula, RM200 akan diberikan secara percuma kepada belia yang berumur 18 hingga 20 tahun. Pendaftaran boleh dibuat mulai 26 Jun 2023.
Tebus Melalui Apps
Penebusan e-dompet boleh ditebus melalui aplikasi e-dompet Malaysia seperti berikut :
Cara Tebus
Penebusan melalui Apps, anda perlu muat turun aplikasi, daftar dan sahkan identiti anda dengan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan.
Info Lanjut
Program eTunai Belia Rahmah merupakan satu inisiatif yang bermakna untuk masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, tetapi juga menggalakkan penggunaan teknologi dalam transaksi harian. Selamat menikmati e-dompet masing-masing.