Cara Tebus Bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500

Cara Tebus Bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500

Untuk makluman, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan pada 26 Oktober lalu kepada para pemohon yang memohon.

Pembayaran bantuan ini dilaksanakan secara dua cara iaitu secara terus ke akaun bank dan secara tunai melalui kaunter BSN yang berdekatan.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Bantuan Kehilangan Pendapatan

Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia telah kehilangan sumber pencarian atau hilang pekerjaan dalam suasana pandemik.

Kewujudan bantuan ini adalah untuk mengurangkan beban rakyat yang kehilangan kerja akibat majikan yang bertindak mengatasi krisis ekonomi syarikat masing-masing.

Berapakah Jumlah Bantuan BKP?

    • RM500 untuk setiap orang yang layak
    • Pembayaran dilakukan secara one-off

Bagaimanakah Cara Membuat Semakan BKP?

Untuk melihat status kelayakkan sila layari dilaman web tersebut:

Bagaimanakah Kaedah Pembayaran BKP Dibuat ?

Untuk makluman, terdapat 2 kaedah pembayaran BKP yang patut anda tahu.

1.Kaedah Bayaran Kredit Ke Akaun Bank

Pembayaran melalui kaedah ini bermakna ia akan dikreditkan terus ke akaun bank yang anda daftar.

Buat semakan paparan “Kredit Akaun Bank” pada telefon pintar anda.

2.Kaedah Bayaran Tunai

Pembayaran akan diterima secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan. Anda terima paparan Kaedah Bayaran ‘TUNAI’ setelah membuat semakan BKP.

3.Cara Tebus RM500 Melalui Kaunter BSN

    • Anda perlu hadir ke mana-mana kaunter BSN berdekatan lokasi anda.
    • Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN.
    • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang boleh mewakilkan penerima untuk membuat penebusan.

Leave a Comment