Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan diagihkan sejak Julai yang lalu dan akan diagihkan setiap bulan selama tempoh 6 bulan.
Bantuan ini akan disediakan dalam bentuk bakul/baucar makanan kepada 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang termasuk dalam kategori miskin tegar bagi memenuhi keperluan asas makanan.
Tujuan sumbangan ini adalah untuk meringankan kos sara hidup mereka yang diklasifikasikan sebagai terlampau miskin berdasarkan data e-Kasih.
Bantuan Dalam Data E-Kasih
Sistem eKasih ialah sistem pangkalan data untuk isi rumah miskin dan miskin tegar yang ditubuhkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Mohon : Cara Daftar eKasih
Sistem ini merupakan pangkalan data yang diuruskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) dan mengandungi data isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data dalam sistem ini digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program pembasmian kemiskinan.
Mohon Juga :
Syarat Kelayakan
Syarat & kriteria untuk penerima inisiatif ini mesti dikelaskan sebagai:
- Rakyat Malaysia.
- Keluarga, warga emas bujang dan belum berkahwin menerusi kategori Sumbangan Tunai (STR) Rahmah 2023.
- Tersenarai sebagai penerima fakir miskin eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan (ICU, JPM) di Jabatan Perdana Menteri sehingga 28 Februari 2023
Lihat rujukan di bawah :
Jumlah & Kadar Pembayaran
Bayaran berikut akan diterima untuk sumbangan ini:
- RM600 bagi kategori yang layak (miskin tegar)
Semakan Status Penerima Bantuan SARA
- Sila layari portal rasmi semakan MyKasih: https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).
- Kemudian sila masukkan kod pengesahan mengikut nombor dan angka yang diberikan.
- Klik butang Semak Status untuk menyemak.
- Semakan status penerima akan dipaparkan.
Kaedah Penyaluran Bantuan
Mengenai kaedah pengagihan sumbangan, Kementerian Kewangan akan merangka kaedah khusus untuk pengagihan sumbangan.
Bantuan RM600 adalah dalam bentuk sumbangan barangan keperluan asas tanpa tunai.
RM100 setiap bulan (Julai – Disember 2023) akan masuk secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai sumbangan Asas Rahmah, sila layari laman web https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq-bm/.