Cara Tahu Harga Rumah Secara Online Tanpa Ke Pejabat!

Nak memiliki rumah bukan senang. Rumah apa nak beli, lokasi and bank mana nak buat pinjaman. Maksudnya kita kena buat kerja rumah tentang perumahan. Tak boleh main beli je!. Kita kena tahu berbagai aspek penting sebelum beli rumah. Tapi selalunya kita ikut poket kita dulu. Ukur baju dibadan sendiri. Harga rumah macam mana kita mampu. Gaji dan pendapatan kita kenyataan yang bank perhatikan bila kita mahu beli sesebuah rumah. Maka itu, kita perlu tahu harga rumah idaman kita. Rumit sebenarnya untuk tahu berapa harganya tanpa bertanya terus kepada pemilik atau pemaju rumah tanpa bertanya secara terus.

Dibawah terdapat laman web yang anda boleh dapatkan harga sebelum membeli atau ke fasa yang seterusnya.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Brickz

Laman web Brickz

Apa yang anda tidak tahu tentang laman ini ialah laman ini memberi maklumat tentang hartanah yang telah bertukar milik  atau dalam erti kata lain telah dijual. Disinilah anda boleh tahu harga semasa rumah tersebut.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat mengakses kemudahan untuk periksa harga hartanah komersial seperti lot kedai, pejabat dan berbagai lagi. Kawasan perindustrian seperti kilang, plot tanah untuk pembangunan serta perladangan pun ada.

Bagaimana Brickz Mendapat Data?

Anda pasti tertanya-tanya dari mana Brickz menjumpai data maklumat harga. Sebenarnya sumber laman web ini adalah daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, yang merupakan sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan ini merekodkan semua transaksi hartanah setelah duti setem bagi Sales and Purchase Agreement dibayar.

Cara Periksa Harga Rumah

1. Layari Laman Web Brickz

2. Isikan Nama Kawasan/ Nama Projek Perumahan

Contohnya jika kita berminat untuk beli rumah di kawasan Bandar Kinrara, Puchong, Selangor dan sama ada Rumah jenis apa, rumah teres , rumah semi-D ke, rumah banglo ke, kita tak pasti lagi.

Klik pada ‘Bandar Kinrara, Selangor -> Area – Residential‘.

3. Kecilkan Nama Kawasan

Akan keluar semua jenis projek yang wujud di Bandar Kinrara. Sebagai rekod, terdapat 41 jenis projek dan sejumlah 359 transaksi yang dicatatkan untuk setahun kebelakangan ini. Terdapat harga median bagi setiap projek. Pilihlah yang sewajarnya jika bersesuaian dengan bajet anda.

Andai kata anda berminat untuk tahu harga rumah landed di Bandar Kinrara yang ada status freehold dengan median harga RM531 bagi sekaki dan harga seunit RM780,000. Tekan pada ‘127 Transactions‘.

Senarai 10 Transaksi Terkini Kawasan

Terpapar 10 transaksi terkini berdasarkan pilihan anda. Perincian seperti tarikh Sales & Purchase Agreement, nama jalan, jenis rumah, berapa tingkat, berapa bilik dan sebagainya sudah boleh dibuat.

4.Semak Guna Peta

Semua 127 transaksi dapat dilihat dikawasan tumpuan. Kita hanya boleh lihat 10 transaksi terakhir yang berlaku.

Untuk perincian lebih dalam, klik ‘Charts & Graphs‘.

4.2 Semak Ikut Jenis Rumah & Perbandingan Kawasan dengan Negeri

Anda pun boleh bandingkan guna carta dan graf dan ianya terhad kepada 10 transaksi terakhir.

Melalui dibawah kita dapat lihat;

    • 6 Rumah Teres Intermediate terjual dengan harga paling rendah iaitu RM390,000 dan paling mahal RM928,000. Tetapi tanpa alamat lengkap, nampak macam jauh sangat bezanya.
    • 2 Rumah Teres Corner Lot terjual dengan harga paling rendah iaitu RM1.43 juta dan paling mahal RM1.6 juta.
    • 2 Rumah Semi-D terjual dengan harga paling rendah iaitu RM2.08 juta dan paling mahal RM2.2 juta.

Berdasarkan carta Median Price, perbandingan di antara kawasan Bandar Kinrara dan juga negeri Selangor dapat dibuat.

Bulan November 2017, rumah di Bandar Kinrara terjual pada harga 3 kali ganda daripada harga hartanah di kawasan lain di negeri Selangor.

5. Untuk kajian lebih terperinci , anda perlu bayar.

Jika anda sudah tekad beli rumah dan ingin tahu lebih lanjut berkenaan sesebuah kawasan atau projek, beli saja laporan yang berharga RM30.

Versi percuma anda hanya 10 transaksi terakhir, bayar RM30 anda akan diberi:

    • Semua 127 transaksi rumah landed di Bandar Kinrara
    • Alamat rumah yang lengkap
    • Harga rumah semasa yang lebih jelas.

 

Leave a Comment