Cara Semak Statement KWSP Melalui i-Akaun

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online/Atas Talian

Sebelum anda login ke I-Akaun. Terdapat beberapa langkah penting sebelum menyemak penyata KWSP secara online. Kedua dua langkah ini amat penting dan jika tidak diikuti anda tak boleh untuk login ke laman utama:

Dapatkan ID dan kata laluan sementara untuk semakan penyata KWSP

Daftar i-Akaun terlebih dahulu sebelum login. Kemudian, dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.Jika anda gagal menghubungi terus saja membuat pendaftaran di kiosk atau kaunter KWSP.

Aktifkan i-Akaun

Setelah verifikasi dibuat, KWSP akan hantar butiran kepada anda melalui SMS. Aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP.

1. Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akaun

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

semak kwsp

2. Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”

semak kwsp

3. Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”

semak kwsp

4. Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.

5. Ubah ID sementara anda kepada yang dikehendaki. Pengubahan ID hanya boleh dilakukan 1 kali sahaja semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang ringkas dan mudah diingati. Namun, ini adalah pilihan anda.

6. Isi kata laluan baru.

7. Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.

8. Masukkan Frasa Rahsia. Sila simpan dengan baik frasa ni. Tekan butang “Seterusnya”.

9. Anda akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.

*Pengaktifan harus dilakukan dalam tempoh 30 hari. Jika pengaktifan tidak dibuat dalam tempoh waktu ini, anda perlu mendapatkan ID dan kata laluan sementara semula.

Setelah selesai, anda boleh teruskan untuk mendapatkan penyata. Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini. Anda boleh pilih untuk print penyata tersebut.

Kemudahan Lain

Kemudahan lain adalah seperti:

    • Permohonan pengeluaran
    • Semak status permohonan pengeluaran
    • Semak informasi berkaitan dengan nomination
    • Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.

Cara Semak Nombor Ahli KWSP

1. Semak No KWSP Secara Online

    • Bagi semakan KWSP menggunakan IC/Kad Pengenalan, anda perlu mendaftar dahulu ke i-Akaun yang disediakan oleh KWSP.
    • Dengan mendaftar i-Akaun tersebut, ahli boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak nombor ahli untuk semakan baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP, atau urusan lain mengikut keselesaan rumah atau pejabat.
    • Untuk makluman, jika pengguna kali pertama i-Akaun anda perlu mendapatkan ID pengguna dan kata laluan dahulu.
    • Tapi perlu ingat, perkhidmatan kaunter di cawangan-cawangan KWSP perlu melalui Janji Temu Online terlebih dahulu.
    • Jika waktu PKP ini sukar untuk ke cawangan KWSP, ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang untuk dapatkan kata laluan sementara.
    • Dengan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun secara View Mode untuk membuat semakan baki dan nombor ahli KWSP.

2. Semak No KWSP Di Kiosk

    • Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kiosk KWSP dengan cap jari.
    • Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kiosk KWSP untuk dapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
    • Selepas itu, anda boleh mendaftarkan i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP secara online sepenuhnya.

3. Semak No KWSP Melalui Telefon

    • Dengan perkhidmatan telefon, anda juga boleh membuat semakan nombor ahli.
    • Telefon: 03 – 8922 6000
    • Masa Operasi: Isnin – Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang

 

Leave a Comment