Cara Permohonan Bantuan BAP RM500 Sebulan – Borang Permohonan

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

CARA PERMOHONAN BANTUAN BAP RM500 SEBULAN, CARA MEMOHON & SYARAT KELAYAKAN

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya ialah Bantuan BAP (Bantuan Anak Pelihara).

Berikut dikongsikan info lanjut & terperinci tentang bantuan ini.

Bantuan BAP

Bantuan BAP (Bantuan Anak Pelihara) 2023 merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang disalurkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan, yatim piatu/yatim piatu yang tiada mempunyai saudara mara agar dapat terus hidup bermasyarakat bersama keluarga angkat.

Bantuan BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungjawab keluarga angkat yang sanggup menjaga anak angkat seolah-olah mereka sendiri.

Jumlah Bantuan BAP

Kadar jumlah bantuan BAP adalah minimum RM250 sebulan setiap orang dan maksimum RM500 sebulan untuk keluarga yang mempunyai dua atau lebih anak.

Syarat Kelayakan Bantuan BAP

Berikut adalah kriteria kelayakan untuk permohonan Bantuan BAP:

Keluarga yang menjaga anak/anak berikut:

  • Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun;
  • Kanak-kanak tanpa ibu bapa; atau
  • Kanak-kanak yang tidak diambil sebagai anak angkat melalui Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

Kanak-kanak tinggal bersama keluarga angkat melalui:

  • Kanak-kanak yang diambil daripada “Program Asuh” kelolaan JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dijaga di bawah perintah Mahkamah Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Cara Permohonan

Cara untuk memohon Bantuan BAP adalah seperti berikut:

Menghadiri ke pejabat JKM berhampiran dengan membawa borang dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan.

Borang permohonan:

Dokumen sokongan:

  • Salinan Kad pengenalan IC pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
    Dan dokumen lain yang berkaitan

Maklumat: Setiap permohonan bantuan BAP yang berdaftar akan disiasat untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan. Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak

Maklumat Lanjut Bantuan BAP

Sebarang pertanyaan dan masalah untuk memohon bantuan BAP, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau datang terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×