Sebagai imbasan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah sebuah bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 seperti mana diumumkan di Dewan Rakyat.
Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat. Sebelum ini, Pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah dibuat pada bulan Mac dan Jun lalu. Kali ini, fasa 3 pulak.
BKM Fasa 3
1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah.
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:
-
- Jumlah anak 0: RM200
- Jumlah anak 1-2: RM300
- Jumlah anak lebih 3: RM400
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
-
- Jumlah anak 0: RM100
- Jumlah anak 1-2: RM100
- Jumlah anak lebih 3: RM100
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:
-
- Jumlah anak 0: RM500
- Jumlah anak 1-2: RM600
- Jumlah anak lebih 3: RM700
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
-
- Jumlah anak 0: RM400
- Jumlah anak 1-2: RM400
- Jumlah anak lebih 3: RM400
3) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon.
Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:
-
- Jumlah anak 1-2: RM800
- Jumlah anak lebih 3: RM900
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
-
- Jumlah anak 1-2: RM600
- Jumlah anak lebih 3: RM600
4) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawa
-
- Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
-
- Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Bilakah Tarikh Pembayaran?
Dalam BKM Fasa 3, pembayarannya akan dibuat pada bulan September 2022. Namun, tarikh rasmi secara tepat belum dimaklumankan oleh pihak kerajaan.
Pembayarannya sama seperti sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Info Terkini Pembayaran BKM Fasa 3
Berdasarkan jadual di atas, pembayaran BKM Fasa 3 dijangkakan akan bermula pada 5 – 9 September 2022.
Info Baru!
Cara Semakan Status BKM Bujang Fasa 3
-
- Log masuk ke bkm.hasil.gov.myC
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:
-
- Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.
- Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.