Program Perumahan Rakyat Disewa / Dimilki Myhome 2021. Isi rumah yang mempunyai pendapatan dibawah RM3000 sebulan, kini anda sudah boleh memiliki rumah dibawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR). Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah sebuah program kerajaan untuk menempatkan dan penuhi keperluan kediaman buat golongan pendapatan yang rendah.
Pusat Agensi seperti Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terlibat dalam Program Perumahan Rakyat di seluruh negara. Program Perumahan Rakyat (PPR) terdiri daripada 2 katogeri iaitu PPR disewa dan PPR dimiliki.
Baca Juga: Rumah Mampu Milik B40: Permohonan Dibuka, Mohon Sekarang!
Apakah Ciri-Ciri Program Perumahan Rakyat?
-
- Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat di kawasan bandar-bandar besa
- Landed properties di pesisir dan pinggir bandar
- Keluasan – Tidak kurang 700 kps
- Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
Syarat Kelayakan Untuk Memohon PPR?
SKIM PPR DISEWA :
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
SKIM PPR DIMILIKI :
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
-
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK
- Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah
Bagaimana Cara Memohon PPR?
Daftar akaun pemohon
Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
Klik : SISTEM PENGURUSAN PERUMAHAN RUMAH NEGARA
Pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan alamat e-mail.
Sila Gunakan Email Untuk Pengesahan
E-mail yang didaftarkan harus betul dan masih aktif. Pemohon akan mendapat email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun. Pastikan anda klik pautan yang berwarna biru seperti yang ditunjukkan dibawah.
Sila klik pautan yang berwarna biru dan masukkan kata laluan.
Pilih Skim PPR Yang Anda Mahu
-
- Untuk permohonan pastikan pemohon memilih SKIM PPR DISEWA / SKIM PPR DIMILIKI / MYHOME.
- Pastikan pemohon membaca semua syarat-syarat yang diperlukan sebelum klik “pilih skim yang di inginkan”.
- Pastikan pemohon mengisi semua maklumat yang diperlukan dan jangan ada yang terlepas.
- Maklumat yang perlu diisi seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan, dan maklumat tanggungan.
Dokumen Sokongan
Klik DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti. Pastikan semua dokumen yang di hantar adalah dokumen berbentuk PDF dan tidak melebihi 3MB.
Pengesahan
-
- Dokumen sokongan telah dihantar, seterusnya pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi dan dihantar adalah benar.
- Selesai membuat pengesahan, semua pemohon tunggu langkah selanjutnya.