Cara Mohon Pengeluaran KWSP RM10K & Semak Amaun Anda Layak

Cara Mohon Pengeluaran KWSP RM10K & Semak Amaun Anda Layak

Berita baik telah diumumkan pada hari itu, dimana pengeluaran wang kwsp boleh dibuat bermula 1 April 2022.

Disini kami ingin membantu anda bagaimana untuk membuat permohonan.

Anda wajib tahu bahawa tiada lagi pindaan yang boleh dibuat. Jadi, mohon dengan teliti dan pastikan anda menepati syarat syarat dengan cara memilih jumlah pengeluaran yang sesuai.

Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia

Cara Mohon Pengeluaran Wang KWSP RM10K

  1. Layari Portal Pengeluaran Khas KWSP di pautan http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik Mohon Sekarang & Permohonan.
  3. Masukkan No Mykad & Tel Bimbit yang didaftarkan di KWSP.
  4. Klik Teruskan.
  5. Isi kan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.
  6. Amaun Kelayakan akan keluar, Klik memohon amaun tersebut.
  7. Klik Teruskan.
  8. Sahkan Maklumat Pemohon dan Akaun Bank Anda.
  9. Semak sekali lagi Amaun yang dibenarkan kerana ia adalah penting
  10. Klik HANTAR dan CETAK PERMOHONAN anda dan SIMPAN.

Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Rujuk langkah bergambar di bawah:

Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my

Tekan butang TUTUP untuk sambung isi permohonan.

Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan.

Masukkan No OTP yang dihantar ke Telefon Bimbit anda.

Amaun Kelayakan Anda akan terpapar.

Klik untuk mohon amaun tersebut atau pilih amaun lain.

semakan pengeluaran khas kwsp

Isikan maklumat anda sebagai pemohon.

semakan pengeluaran khas kwsp

Kemaskini dan sahkan maklumat tersebut.

semakan pengeluaran khas kwsp

Anda akan terima notifikasi jika permohonan anda berjaya.

semakan pengeluaran khas kwsp

Cetak & simpan rekod permohonan sebagai bukti rujukan.

Kredit : Firdaus Shakirin

Bila Tarikh Akhir Permohonan Pengeluaran Khas KWSP

Tarikh tutup permohonan adalah 30 April 2022.

Tarikh Semakan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP

Anda boleh membuat semakan kelulusan mulai 9 April 2022. 

Tarikh Bayaran

Bayaran akan diberi secara sekali bayar bermula 20 April 2022.

Maklumat Penting

    • Semak sebelum menghantar permohonan kerana tiada pindaan dibenarkan setelah permohonan dihantar untuk diproses.

 

 

 

Leave a Comment