Cara Mohon & Muat Turun Borang Bantuan Awal Persekolahan 2022 RM150

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Pada belanjawan tahun lepas, Bantuan persekolahan menjadi perhatian para ibu bapa. Bantuan tersebut ialah bernilai RM150  untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

Inisiatif bantuan ini akan diteruskan tahun ini bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung ibu bapa/ penjaga yang tergolongan untuk kategori B40.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Apakah Kriteria Kelayakan Memohon?

    • Pelajar warganegara Malaysia
    • Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang berasal daripada isi rumah yang berpendapatan bulanan KASAR RM3,000.00 dan ke bawah.
    • Hanya layak kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Negeri & Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.

* Pendapatan kasar bulanan ialah pendapatan yang mengambil kira gaji pokok/ hakiki & elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa & elaun tidak tetal boleh diambil kira sebagai pendapatan kasar.

Berapakah Jumlah Bantuan BAP 2022?

Bantuan sebanyak RM150.00 secara one-off (sekaligus).

Bagaimana Cara Permohonan?

Untuk pengetahuan anda, keputusan sama ada anak anda layak akan diputuskan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa perlu memuat turun dan mengisi borang-borang permohonan iaitu borang PB-1 dan borang PB-2 (jika perlu) kemudian lampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan kepada pihak sekolah.

Muat Turun Borang BAP

Apakah Dokumen Yang Perlu Dilampirkan Bersama?

    • Borang PB-1 (Lengkap diisi)
    • Borang PB-2 (Jika tiada penyata pendapatan)
    • Salinan sijil lahir pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
    • Salinan slip gaji/ penyata pendapatan
    • Salinan Kad OKU (Jika berkenaan)
    • Sijil kematian ibu. atau bapa (Jika berkenaan)

Info Lanjut

Permohonan sudah boleh dibuat, untuk info lanjut & sebarang pertanyaan, sila layari portal rasmi KPM di pautan di sini.

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×