Geran motor/ kereta anda hilang atau rosak? Berikut adalah cara untuk mohon dan gantikan untuk geran yang baru.
Bagaimana Cara Dapatkan Geran Motosikal di Kaunter JPJ ?
Sila dapatkan salinan geran kereta/motor original atau asal yang baharu di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhampiran dengan anda. Dibawah terdapat butiran anda perlu fahami.
- Pemilik berdaftar perlu hadir ke mana-mana cawangan JPJ berdekatan;
- Bawa kad pengenalan (MyKad / IC) dan dokumen lain yang diperlukan untuk memudahkan urusan;
- Lengkapkan borang yang diperlukan (JPJ K7);
- Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil;
- Serahkan kad pengenalan dan borang yang telah siap diisi kepada pegawai ;
- Selepas proses pengesahan, anda akan menerima salinan geran asal yang diperlukan.
- Bayaran akan dikenakan untuk permohonan ini iaitu sebanyak RM50 untuk geran kereta dan RM20 untuk geran motosikal.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/bantuankerajaan
Senarai cawangan Jpj:
Dokumen yang diperlukan oleh pemilik berdaftar :
- Borang Senarai Semak Salinan Geran ;
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi;
- Kad Pengenalan (MyKad/IC) asal untuk semakan;
- Surat Kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari 2 tahun (motosikal sahaja);
- Fi yang telah ditetapkan
Bagaimana Cara Dapatkan Geran Kereta atau Motor di Kiosk JPJ ?
Selain di kaunter, anda boleh dapatkan salinan geran kereta melalui kiosk yang tersedia di seluruh Malaysia :
- Masukkan kad pengenalan,
- Kemudian, lakukan imbasan cap jari kanan;
- Selepas itu, pilih Sijil Pemilikan Kenderaan;
- Maklumat berkaitan akan dipaparkan untuk semakan dan tindakan lanjut;
- Masukkan kad debit dan nombor pin untuk membuat pembayaran;
- Anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 (untuk geran kereta original) bagi transaksi yang berjaya;
- Cetakan resit jika perlu.
Bagaimana pula Cara Dapatkan Geran Kereta atau Motor di Bank ?
Selain JPJ anda juga boleh mendapatkan salinan geran kereta original melalui bank pinjaman anda :
- Hadir ke cawangan bank yang meluluskan pinjaman anda;
- Isi borang yang diperlukan ;
- Serahkan kad pengenalan (MyKad/IC) kepada pegawai yang bertugas;
- Selepas proses pengesahan (imbasan cap jari), pegawai bertugas akan menyerahkan geran yang asli kepada anda.