Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Geran hakmilik adalah dokumen yang sangat berharga dan perlu dijaga dengan baik! Tetapi, malang tak berbau, ada ketikanya ia boleh hilangdengan sengaja atau tak sengaja. Apakah cara nak dapat untuk dapatkan salinan baru?
Cara Untuk Mohon Geran Tanah Hilang
Dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan geran tanah bagi Permohonan Individu :
-
- Salinan Laporan Polis yang telah disahkan dan nyatakan nombor hakmilik yang hilang dengan lengkap dalam Laporan Polis
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pengadu Laporan Polis.
- Surat Akuan Sumpah Pemilik / pemilik-pemilik bersama yang disetemkan.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) Pemilik / Pemilik-pemilik Bersama.
- Sijil Carian Rasmi (Tempoh Sah Laku 2 Minggu.)
- Salinan Sijil Kematian / Salinan wasiat & Surat Akuan Sumpah waris yang disetemkan sekiranya pemilik / pemilik-pemilik bersama telah meninggal dunia.
- Salinan Resit Cukai Tanah seta Cukai Taksiran Baharu yang telah dibayar.
- Surat Akuan Sumpah dari pihak berkepentingan berdaftar ke atas hakmilik dan Salinan Kad Pengenalan (MyKad) serta disetemkan.
- Surat Kebenaran dari pemilik kepada wakil, surat akuan sumpah wakil dan disetemkan serta kad pengenalan.
- Jika melalui peguam, salinan kad pengenalan (MyKad) peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan.
- Bayaran Permohonan Proses RM 430.00 (Hakmilik Sementara) / RM 440.00 (Hakmilik Kekal)
- Sila bawa kad pengenalan (MyKad) penyerah dokumen ketika penghantaran dokumen untuk pengesahan sistem biometrik.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Syarikat Persendirian / Melalui Firma Guaman
-
- Gunakan kepala surat syarikat (letter head) untuk permohonan.
- Jika melalui peguam, gunakan letter head firma guaman.
- Salinan kad pengenalan (MyKad) pengarah syarikat dan akuan sumpahnya (setemkan) RM10.
- Salinan Borang 49, 44 dan 24 serta Resolusi Syarikat dan M & A yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
- Jika permohonan melalui peguam, sila kemukakan salinan kad pengenalan (MyKad) peguam dan akuan sumpahnya.
- Lain-lain seperti permohonan individu.
Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun (Tidak Berobjektifkan Keuntungan)
-
- Sila gunakan kepala surat (letter head) Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun berkenaan.
- Salinan laporan polis yang disahkan oleh balai polis tersebut.
- Salinan kad pengenalan (MyKad) pegawai kerajaan (pengadu) yang membuat laporan polis.
- Surat Akuan Sumpah pegawai kerajaan (pengadu)
- Surat Akuan Sumpah serta salinan kad pengenalan penyerah (MyKad wakil jabatan / badan berkanun).
- Sila bawa kad pengenalan (MyKad) ketika menyerahkan dokumen permohonan dan perserahan untuk tujuan pengesahan sistem biometrik.
- Tiada bayaran yang dikenakan dalam permohonan jabatan kerajaan / badan berkanun.
Langkah terakhir selepas segala dokumen disusun, pastikan perkara terakhir dan sangat penting ini:
- Semua surat akuan sumpah dalam Bahasa Malaysia telah disetem.
- Semua laporan polis telah disahkan oleh balai polis.
- Lampirkan pelan tanah berkenaan jika ada.
- Pembayaran untuk permohonan dibuat melalui wang tunai atau draf bank dengan nama ‘Bendahari Negeri Selangor’.