Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Pasti ramai diantara kita tak tahu. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia menyediakan elaun pekerja orang kurang upaya (OKU). Objektif dan tujuan elaun ini diadakan adalah untuk menggalakkan golongan OKU supaya mampu berdikari dan lebih produktif. Namun begitu, pemohon perlu menepati syarat-syarat yang diberikan serta memohon mengikut saluran yang betul.
Jom kita lihat permohonan dan segala butiran dalam permohonan batuan elaun pekerja orang kurang upaya(OKU)
Butiran Bantuan
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU)
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Berapakah Jumlah Bilangan Elaun?
-
- RM450 Sebulan
Apakah Syarat-Syarat Kelayakkan?
-
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di negara Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Pemegang kad OKU JKM
- Pendapatan bulanan RM1500 dan ke bawah
- Mana-mana kes yang dipertimbangkan oleh KPKM
Bagaimanakah Cara Mohon?
Pengurusan dan pemprosesan permohonan bantuan kewangan ini dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Secara Manual
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, Sila bawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :-
-
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:-
*Borang Yang Berkaitan:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN OKU PINDAAN 2019
Secara Talian
-
- Layari laman web ebantuanJKM (http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp)
- Klik Daftar Permohonan atas Talian
- Masukkan no kad pengenalan
- Kemudian, isi maklumat-maklumat dengan tepat dan sahih
- Hantar permohonan.
Tamat tempoh 14 hari selepas membuat permohonan , anda dikehendaki untuk datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan membawa dokumen-dokumen :
-
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
Sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:
Alamat:
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.
No. Tel: 03 – 8000 8000
Semoga dengan perkongsian memudahkan sesiapa pun . Semoga tiada siapa yang tersisih dari pandangan prihatian masyarakat Malaysia yang sangat mengambil berat tentang nasib orang lain.
Kongsikan kepada segala kenalan anda.