Bagaimana Mendaftar Sebagai Ahli KWSP?
Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP :
1. Pendaftaran Automatik Majikan
Setelah menerima caruman pertama anda dan telah menerima bukti, secara automatik anda ialah ahli pemegang akaun KWSP.
Nama dan Kad Pengenalan anda telah didaftarkan melalui Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
2. Pendaftaran di Kaunter
Pendaftaran boleh dibuat dengan membawa MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana cawangan KWSP.
3. Pendaftaran di Kiosk
Pendaftaran juga boleh dibuat di Kiosk KWSP dengan MyKad dan cap ibu jari.
4. Pendaftaran Lain
Walaupun bukan berstatus pekerja , anda tetap boleh menikmati kadar dividen jika menyimpan dalam akaun KWSP. Terutama bagi bekerja sendiri dan suri rumah yang boleh memohon dalam I-Saraan.
Cara Daftar & Login First Time
Sebelum anda login ke I-Akaun. Terdapat beberapa langkah penting sebelum menyemak penyata KWSP secara online. Kedua dua langkah ini amat penting dan jika tidak diikuti anda tak boleh untuk login ke laman utama:
Dapatkan ID dan kata laluan sementara untuk semakan penyata KWSP
Daftar i-Akaun terlebih dahulu sebelum login. Kemudian, dapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.Jika anda gagal menghubungi terus saja membuat pendaftaran di kiosk atau kaunter KWSP.
Aktifkan i-Akaun
Setelah verifikasi dibuat, KWSP akan hantar butiran kepada anda melalui SMS. Aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP.
1. Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akaun
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
2. Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”
3. Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”
4. Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.
5. Ubah ID sementara anda kepada yang dikehendaki. Pengubahan ID hanya boleh dilakukan 1 kali sahaja semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang ringkas dan mudah diingati. Namun, ini adalah pilihan anda.
6. Isi kata laluan baru.
7. Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.
8. Masukkan Frasa Rahsia. Sila simpan dengan baik frasa ni. Tekan butang “Seterusnya”.
9. Anda akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.
*Pengaktifan harus dilakukan dalam tempoh 30 hari. Jika pengaktifan tidak dibuat dalam tempoh waktu ini, anda perlu mendapatkan ID dan kata laluan sementara semula.
Setelah selesai, anda boleh teruskan untuk mendapatkan penyata. Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini. Anda boleh pilih untuk print penyata tersebut.
Info Penting
Terdapat kemudahan lain yang ditawarkan oleh pihak KWSP antaranya:
-
- Permohonan pengeluaran
- Semak status permohonan pengeluaran
- Semak informasi berkaitan dengan nomination
- Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.
Cara Semak Penyata KWSP Online Dengan I-Akaun
- Sila log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Klik pada tab ‘Akaun Peribadi’.
- Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’.
- Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan di skrin.
Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.