Cara Guna Google Meet Untuk Beginner | Guna Fon je!

Buat mereka yang bekerja dari rumah (BDR) atau anak-anak yang mengikuti sesi pengajian dan pembelajaran di rumah (PdPR), applikasi paling popular yang selalu digunakan ialah Google Meet.

Berbagai jenis applikasi dan kemudahan yang boleh dipakai untuk berhubung atas apa jua urusan online, contohnya Zoom dan Microsoft Team. Akan tetapi, Google Meet mempunyai feature yang lebih mudah dan percuma.

Ikut kami kongsikan panduan mengunakan Google Meet untuk di setkan di telefon pintar atau komputer.

Kenapa Google Meet?

Berikut adalah sebab Google Meet menjadi pilihan ramai:

    • Privasi– Meet menggunakan perlindungan yang sama dengan yang digunakan Google untuk melindungi maklumat anda dan melindungi privasi anda. Persidangan video Meet dienkripsi setiap masa dan pelbagai langkah keselamatan sentiasa dikemaskin dan diperbaharui untuk perlindungan tambahan.
    • Fleksibeliti – Kumpulkan seluruh kru di Google Meet, di mana anda boleh berbincang, bekerjasama atau hanya bersemuka di mana sahaja.
    • Variasi Peranti – Tetamu yang dijemput boleh menyertai persidangan video dalam talian dari komputer mereka boleh terus join meeting dengan mudah melalui apa-apa jenis peranti. Pada peranti mudah alih, mereka dapat bergabung dari aplikasi Google Meet.
    • Kestabilan Talian– Google Meet menyesuaikan tetapan dengan kelajuan rangkaian anda, memastikan panggilan video berkualiti tinggi di mana sahaja anda berada. Peningkatan AI baru menjadikan panggilan anda jelas dan taklah asyik terputus-putus!
    • Penjadualan Mudah-Penguna – Penjadualan yang mudah, rakaman yang mudah dan susun atur yang mudah membantu orang untuk terus melibatkan diri dalam setiap perbincangan dan sentiasa berhubung.
    • Berkongsi Skrin – Persembahkan dokumen, slaid, dan spreadsheet dengan menunjukkan keseluruhan skrin atau hanya tetingkap anda.
    • Jumlah Peserta – Jemput hingga 250 peserta dalaman atau tetamu dari luar ke dalam mesyuarat.
    • Siaran Langsung(Live) – Acara siaran langsung boleh disiarkan kepada sehingga 100,000 penonton dalam domain anda.

 

Cara Memulakan Panggilan Video / Meeting

Buka / muat turun aplikasi Meet

  1. Layari dan muat turun aplikasi GoogleMeet di Play Store ATAU terus ke pautan https://meet.google.com/
  2. Di peranti mudah alih anda, buka aplikasi GoogleMeet tersebut

Cara memulakan meeting video di GoogleMeet

  1. Buka aplikasi GoogleMeet
  2. Klik pada “New meeting
  3. Pilih salah satu pilihan berikut:
    • Get a meeting link to share: Pilihan Ini akan menghasilkan pautan video mesyuarat yang boleh anda kongsi untuk bertemu pada masa sekarang atau kemudian. Untuk menjemput orang lain, klik pada butang “Share“. Untuk menyertai mesyuarat, salin kod ke medan “Gabung dengan kod”
    • Start an instant meeting: Buat mesyuarat yang anda sertai sekarang.
    • Schedule in Google calendar: Untuk menjadualkan mesyuarat, anda akan diarahkan ke aplikasi Google Kalendar.

Tutorial Penggunaan Google Meet Pada Handphone

Disini terdapat tutorial sebagai video yang dihasilkan oleh Pusat Internet Komuniti Tasek Mengkuang Besut.

Anda akan belajar tentang:

    • Pengenalan ringkas GoogleMeet
    • Cara memuat turun melalui Play Store
    • Tutorial mengadakan sesi perjumpaan dan berkongsi link melalui Google Meet (Screen sharing, in chat message etc)

 

Leave a Comment