Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Penggantian Kad Pengenalan Menerusi Panggilan Telefon
Berita baik buat rakyat Malaysia! Jika sebelum ini anda boleh membuat permohonan penggantian kad pengenalan secara online, tetapi kini anda boleh melakukannya dengan hanya satu panggilan telefon dan tak perlu mengisi sebarang borang.
Apakah Syarat Permohonan Penggantian Kad Pengenalan?
Rujuk syarat-syarat sebelum membuat permohonan untuk penggantian kad pengenalan:
-
- Wargenegara Malaysia SAHAJA.
- Permohonan untuk membuat penggantian MyKad Biasa atau Kad/Cip Rosak.
- Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar adalah TIDAK DIBENARKAN
- Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad SAHAJA.
- Jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter, caj kehilangan kad akan dikenakan.
Berapa Pembayaran Yang Dikenakan?
Bayaran akan dikenakan caj seperti di bawah:
-
- Jumlah bawayan sebanyak RM10.
- Kutipan bayaran akan dikenakan oleh pemohon semasa pengambilan kad pengenalan.
- Caj kehilangan kad pengenalan akan dikenakan ke atas pemohon jika mereka gagal mengemukakan MyKad lama di kaunter.
Senarai Pusat Kutipan
-
- JPN PUYRAJAYA
- JPN ZOOM
- IBU PEJABAT JPN NEGERI
Langkah Memohon Penggantian Kad Pengenalan
Rujuk langkah di bawah untuk panduan permohonan penggantian kad pengenalan melalui panggilan telefon:
-
- Sila hubungi talian hotline: 03-8880-8066
- Sila maklumkan bahawa anda ingin membuat permohonan gantian kad pengenalan biasa atau kad/cip rosak.
- Kemudian anda akan menerima pengesahan serta tarikh kutipan kad
- Sila hadir ke pusat kutipan yang telah dinyatakan oleh pegawai
- Anda boleh mengambil kad pengenalan baharu anda, kemudian serahkan ke kaunter kad pengenalan dan sila lakukan pembayaran mengikut jumlah bayaran yang telah dikenakan.
Maklumat
Anda boleh rujuk talian hotline yang perlu dihubungi bagi melakukan permohonan penggantian kad pengenalan / MyKad baharu anda :
-
- Hotline: 03-8880-8066
- Waktu operasi:
- Hari: Isnin – Jumaat
- Masa: 8 pagi – 5 petang
- Waktu rehat:
- 1 petang – 2 petang
- Jumaat: 12.15 tengahari – 2.45 petang