Makluman
Touch ‘n Go adalah sebuah alternatif kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik melalui kad pintar dan pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Semakan Status Baki
Semakan baki Touch ‘n Go anda secara online melalui portal https://www.touchngo.com.my
- Anda hanya perlu melayari portal Touch ‘n Go di sini: https://www.touchngo.com.my
- Pastikan anda telah mendaftar kad fizikal & identiti anda untuk login
- Sila isikan Card/Device Serial No
- Boleh pilih Nationality anda (Malaysia)
- Sila taipkan Identification No anda.( rujuk pada kad)
- Setelah pendaftaran, anda boleh log masuk terus.
- Anda boleh menyemak baki dan sejarah transaksi yang pernah dibuat oleh anda sebelum ini.
Semakan Status Baki Touch N Go dengan Login E-Wallet?
Menyemak baki Touch ‘n Go selain melalui laman web, anda boleh memuat turun e-wallet Touch di:
-
- AppStore
- PlayStore
eWallet atau dompet digital ini dapat berfungsi sebagai dompet elektronik melalui aplikasi Touch ‘n Go.
- Sila login dengan aplikasi.
- Boleh masukkan nombor siri yang tertera di kad TNG untuk mendaftar.
- Nombor siri kad boleh didapati di belakang kad TNG anda.
- Anda hanya perlu sync kad fizikal anda dengan aplikasi di telefon pintar anda sahaja.
- Anda boleh memeriksa baki Touch ‘n Go & sejarah transaksi anda di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.
Apa Anda Wajib Tahu Berkenaan Kad Touch n G0 (Tamat Tempoh)
- Setiap kad Touch ‘n Go mempunyai tempoh jangka hayat sehingga 10 tahun.
- Tarikh luput kad Touch ‘n Go boleh didapati di belakang kad anda.
- Sekiranya kad tidak digunakan dalam masa setahun, kad anda akan dinyahaktifkan.
Bagaimana Cara Bayar Guna Touch ‘n G0 E-Wallet?
Setelah selesai mendaftar & memuat turun e-wallet Touch ‘n Go sila gunakan e-wallet Touch ‘n Go untuk sebarang pembayaran pembelian. Dibawah ialah langkah untuk menggunakan e-wallet Touch ‘n Go:
- Sila buat pendaftaran dan log masuk ke aplikasi Touch ‘n Go.
- Kemudian, buka aplikasi dan klik ikon “Pay”
- Kod QR akan dipaparkan.
- Peniaga akan imbas kod QR yang terpapar di skrin anda.
- Peniaga akan membekalkan kod QR kepada anda jika mereka menerima kaedah pembayaran ini.
- Boleh buat pengimbasan
- Sila masukkan jumlah wang yang anda perlu dibayar.
- Sila isikan PIN 6 digit untuk meneruskan pembayaran anda.
- Ambil resit selepas anda membuat pembayaran