Tentu sekali anda pernah dengar apa itu rumah lelong. Rumah lelong sememangnya lebih murah berikutan nilainya susut kerana peminjam gagal membayar untuk tempoh waktu tertentu. Jadi, bank akan lelong rumah tersebut untuk menutup baki pinjaman yang tak dilangsaikan.
Sekiranya anda berminat membeli rumah lelong, ketahuilah ia tidak tetap dan bergantung kepada pihak bank. Didalam artikel ini kami akan berkongsikan bagaimana untuk membuat bidaan dan ketahui kos pengiraan pembelian rumah lelong ini.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Apa Itu Rumah Lelong?
Sebelum kita tengok kos, kita kena faham dulu apa yang dimaksudkan dengan hartanah lelong.
Hartanah lelong bermaksud kediaman yang dijual oleh bank secara lelongan seperti flat, apartmen, banglo dan lain-lain.
Rumah lelong ini bukan seperti rumah undercon yang cuma berada disatu tempat sahaja. Ia berada seluruh negeri.
Panduan Ringkas Beli Rumah Lelong
-
- Senaraikan Rumah Lelong yang anda jumpa di surat khabar, laman web atau melalui bank – Didalam senarai tersebut wajib mempunyai maklumat rumah termasuk alamat rumah.
-
- Buat tinjauan – Tinjauan adalah tindakan sangat penting untuk memerhatikan keadaan kawasan dan rumah itu. Disitulah anda sudah boleh pertimbangkan untuk membelinya atau mencongak berapa kos untuk baik rumah lelong itu. Jika rumah itu masih berpenghuni, letakkan notis suruh pindah.
-
- Tinjau Harga Pasaran – Tetapkan bajet yang anda mahukan. Pastikan harga yang anda dapat lebih rendah dari harga pasaran. Tambahkan kos untuk baik rumah bersama dengan jumlah yang anda mampu beli. Pada waktu bidaan nanti harga akan naik setiap kali peserta bida. Jadi, pentingkan harga maksimum anda boleh tetapkan supaya tidak terlebih bajet.
- Deposit Yang Cukup & Semak Kelayakkan Pinjaman – Untuk menyertai lelongan ini, anda perlu menghulurkan deposit mengikut harga rumah. Jangan risau ia akan dipulangkan jika kalah bidaan. Jika menang anda perlu bayar harga rumah dalam tempoh tertentu. Deposit akan lebur jika lambat. Meskipun loan direject pun deposit akan lebur.
- Hadir Ke Tempat Membida Seawal 2-3 Jam
* Saranan kami ialah gunakan khidmat pakar atau agent dalam membeli rumah lelong. Tambah-tambah lagi bagi yang pertama kali. Membida rumah lelong ini agak rumit dan jika salah langkah terbanglah deposit.
Persediaan Wang Sebelum Membida
Persediaan awal sebelum pergi ke tempat membida, anda wajib sediakan 10% daripada harga rumah yang akan dibida dalam bentuk draft bank
Sebagai contoh harga rumah tersebut ialah RM200,000, anda perlukan sediakan sebanyak RM20,000 dan perlu dibawa semasa hari lelongan. Boleh juga menghantar wakill atau agen untuk membida. Lazimnya akan ada kos tersendiri mengunakan khidmat agen sekitar RM500.00-RM1500.00.
Persediaan Wang Semasa Hari Bida
Pihak bank akan meminta 10% duit deposit daripada harga hartanah yang berjaya dibida. Contohnya:
Harga rizab | RM200,000 |
10% bank draft untuk masuk bidaan | RM20,000 |
Harga bidaan yang menang | RM310,000 |
10% deposit dari harga menang bidaan | RM31,000 |
Tambahan wang deposit bagi harga bidaan | RM7,000 |
Kos setem hasil bagi Kontrak Jualan/Contract of Sale | RM100.00-RM150.00 |
Persediaan Wang Selepas Menang Bida
Ketika ini anda sudah berada dalam tahap pengesahan dokumen yang dikenali sebagai Kontrak Jualan
Pastikan segala butiran yang berkaitan dengan rumah dan juga butiran diri anda adalah betul sebelum menandatangan. Periksa secara teliti.
Butiran seperti nama penuh, no kad pengenalan, alamat hartanah yang berjaya di beli, harga belian dan juga bayaran dalam bentuk bank draft dan juga tambahan tunai, wajib dinyatakan dengan tepat.
Akhirnya setelah selesai, anda perlu mendapatkan pembiayaan pinjaman dari mana-mana bank.
Hartanah lelong ini memerlukan anda bertindak segera. Pinjaman bank perlu didapatkan dalam masa 90 hari atau 120 hari.
Maka itu, anda perlu merancang masa pembelian dengan baik dan merencana strategi bijak sebelum membeli rumah lelong. Sebagai contohnya, kemaskini rekod ctos, ccris anda supaya memberi jaminan kepada bank tentang rekod kredit anda, bayar tunggakkan dan menghantar pemohonan pinjaman ke bank yang lebih mudah meluluskan.
Setelah selesai, anda perlu menandatangani Surat Tawaran (LO). Peguam bank akan menghubungi anda untuk tandatangan perjajian pinjaman antara anda (pembeli) dan bank (pemberi pinjaman).
Kos hampir sama dengan kos yang diperlukan bagi pembelian rumah subsale dan sekunder iaitu fi penilai, MRTT/MLTT dan fi peguam.
Harga menang bidaan | RM310,000. |
Yuran guaman | RM3,100 (1% bagi RM500,000 pertama) |
Duit setem | RM1550 (0.5% dari pinjaman perumahan) |
Yuran penilai | RM725 (0.25% dari pinjaman perumahan) |
Ini tidak termasuk kos guaman yang akan sertakan dalam quotation seperti kaveat, pendaftaran pejabat tanah, perbelanjaan am seperti pengangkutan, fax, telefon dan fotostat, serta caj pencarian status hartanah, carian kemuflisan dan lain-lain lagi.
Pastikan selepas menandatangani perjanjian pinjaman, anda perlu bertanya status pembelian tanah tersebut.
Dibawah adalah kos yang perlu anda tahu bagi perjanjian jual beli:
Harga menang bidaan | RM310,000. |
Duti setem | RM7,000 (1% bagi RM100,000 pertama, 2% bagi RM200,000) |
Yuran guaman | RM3,000 (1% bagi RM300,000) |
Kos lain yang anda perlu ketahui dari peguam ialah seperti reimbursement dan disbursement kos.
Kos Penyelengaraan, Baiki, Tunggakan Bil dan lain-lain..
Masa untuk repair!
Sebelum anda baik pulih hartanah lelong, anda perlukan pastikan dengan pihak bank bahawa baki bayaran telah diselesaikan oleh pihak pelelong.
Untuk kerosakan kecil seperti perpaipan, lubang didinding, contengan atau pintu tercabut ia barangkali lebih murah.
Namun, sekiranya terdapat kerosakan besar dan melibatkan struktur utama, kawasan siling dan pendawaian elektrik kos baik pulih, kos tanggungan untuk membaiki boleh mencecah RM20,000 sehingga RM50,000.
Pertimbangkan juga kos tunggakan seperti yuran penyelengaraan, cukai tanah dan pintu dalam bajet anda.
Meskipun ia dibayar oleh bank, anda tetap harus membayarnya dahulu dengan duit sendiri sebelum bank memulangkan ia semula.
Contohnya yuran penyelengaraan rumah lelong tertunggak selama 3 tahun dan bulanan sekitar RM400.00. Kos yang anda perlu tanggung ialah.
Yuran penyelengaraan bulanan | RM400.00 |
Tunggakan 5 tahun | RM400.00 x 36 bulan |
Jumlah kos pendahuluan perlu ditanggung | RM14,400.00 |
Sekiranya rumah sudah lama ditinggalkan, pendawaian eletrik dan penyambungan barangkali sangat mahal.
Kediaman rumah teres dua tingkat, lazimnya kos tanggungan ialah lebih kurang RM900.00-RM1000.00 kepada pihak TNB dan ia ada berbeza bagi setiap kediaman.
Dapatkan nasihat daripada kontraktor TNB. Sebagai anggaran kos bagi kediaman dua tingkat:
Deposit TNB | RM500.00 |
Setem Hasil | RM10.00 |
Sambungan TNB | RM450.00 |