Perkhabaran bahawa caj pengeluaran RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan mula kembali berkuat kuasa mulai Februari tahun hadapan .Ini berlaku apabila CIMB membuat pengumuman mengenai caj transaksi RM1 yang akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank, perkara sama turut diumumkan Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, RHB Bank, Citibank dan HSBC.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Melalui pengumuman ringkas dilaman web, Maybank memaklumkan: “Harap maklum bahawa mulai dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dilaksanakan semula.
“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM Maybank”.
Sebelum ini para pengguna dibenarkan mengunakan kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Keputusan tentang sehingga bila kemudahan ini diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.
Setakat ini, mana-mana pengguna yang ingin mengeluarkan wang di ATM selain bank dilanggan, akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM1.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=iiUnSYv04-w[/embedyt]
Dalam pada itu, rata-rata rakyat tidak bersetuju caj ini dikembalikan.