Caj Hospital Kerajaan RM1 Terlalu Murah? Cadangan Supaya Dinaik Kepada RM5

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Sejak dahulu kala lagi, hospital kerajaan cuma mengenakan caj antara RM1 sehingga RM5 saja untuk setiap satu lawatan.

Namun begitu, ada pihak mengatakan caj RM1 perkhidmatan hospital kerajaan terlalu murah & perlu dinaikkan ke RM5.

Barangkali, nilai RM1 itu terlalu murah bagi segelintir orang, namun bagaimana pula dengan golongan yang benar-benar susah?

Wajarkah cadangan sebegini diutarakan tatkala rakyat berdepan masalah?

“Yang merasakan caj RM 1 perkhidmatan hospital kerajaan patut dinaikkan patut pergi luar bandar ataupun pedalaman.

“Boleh selami keadaan ramai orang miskin yang catu duit perbelanjaan mereka untuk tambang bas, makan dan caj hospital,” ciap seorang pengguna Twitter.

Pengguna lain berpendapat caj RM1 itu sesuai untuk golongan B40 saja. Manakala golongan lain seperti M40 dan T20 boleh dikenakan caj lebih.

 

“I setuju caj dinaikkan lepas sistem pendaftaran di jabatan kerajaan tally dengan LHDN. So.. cuma B40 je layak untuk caj RM1. Lain-lain tu setakat nak bayar RM5 untuk klinik biasa, RM10 untuk hospital atau klinik pakar memang celah gigi je,” ciap seorang lagi pengguna.

“Kekalkan ja RM1 tu. Org yang ada duit kalau demam dia orang pergi klinik swasta, tak payah tunggu lama. Yang sanggup menunggu di klinik kerajaan ni org yang tak ada duit atau risau mahal kalau pegi swasta. Kerajaan nak cari duit fikir cara lain.”

Ada pengguna mendakwa sesetengah pesakit terpaksa membayar tambang mahal untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jadi, janganlah dibebankan lagi dengan caj perkhidmatan hospital.

“RM1 caj hospital plus RM100 tambang naik kereta sewa dari rumah pegi hospital,” katanya.

“Teknologi makin canggih, alatan kemudahan perubatan makin moden, ubat-ubat baru yang lebih baik, yang mahal dihasilkan. Semua pakai duit dan kos makin meningkat dari hari ke hari, Belum masuk gaji pekerja lagi tapi caj masih lagi RM1? Sampai bila? Kena ikut peredaran masa n zaman juga,” katanya.

“RM1 tu apalah sangat jika nak dibandingkan dengan berjuta kos perubatan yang kerajaan tanggung. Kita dari baby sampai tua pun kerajaan masih lagi tanggung biaya perubatan. Cuba tanya negara luar macam mana hospital dia memperlakukan golongan kecil,” ciap seorang lagi individu.

RM1 kalau dikali dengan beribu pesakit yang datang setiap hari dengan pelbagai masalah kesihatan, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

 

 

 

[pad]

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×