Siapa kata kalau nak buka Akaun Bank CIMB perlu ke kaunter? Tahukah, anda juga boleh buat online tanpa bersusah-susah ke cawangan CIMB dan beratur panjang.
Kemudahan ini sangat berguna, apatah lagi diwaktu PKP. Sudahlah beratur panjang. Adapula penjarakkan sosial yang menjadikan tempoh menunggu lagi lama dari biasa.
Jadi tak perlu khuatir lagi. Sebab Portal Info ada cara buka akaun bank CIMB dengan cuma mengunakan hujung jari dan kad bank akan terus dihantar ke rumah.
Tak perlu lagi bersesak!
Join Telegram Untuk Berita, Bantuan, Tips & Jawatan Kosong : https://t.me/portalinfomalaysia
Bagaimana Cara Buka Akaun CIMB Secara Online?
Permohonan Pembukaan Akaun Atas Talian CIMB (Octorsavers Account-i)
CIMB menawarkan OctoSavers Account-i di mana proses permohonan secara atas talian dan kad debit akan dihantar ke alamat anda di Malaysia yang berdaftar.
Apakah Syarat Kelayakan?
-
- Individu berumur 18 tahun dan ke atas
- Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sahaja
- Akaun bersama, akaun amanah bagi individu bawah umur dan akaun kanak-kanak tidak dibenarkan
- Memegang nombor telefon bimbit berdaftar di Malaysia dan alamat e-mel yang sah
- Setiap pelanggan hanya boleh memohon satu (1) Akaun Simpanan OctoSavers-i
- TIDAK memiliki sebarang Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan Asas/-i dengan CIMB.
*Makluman Untuk pelanggan Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan/-i Asas, anda boleh memohon Akaun Simpanan lain di CIMB Clicks.
Apa Yang Diperlukan Untuk Membuka Akaun OctoSavers-i CIMB
-
- MyKad
- Deposit permulaan minimum RM20 melalui pemindahan FPX dari akaun bank anda yang lain
- Pendaftaran CIMB Clicks
Fi & Caj Akaun Simpanan OctoSavers-i
NO | Jenis Caj | Caj |
---|---|---|
1 | Fi Tahunan Kad Debit | Dikecualikan |
2 | Penggantian kad hilang/dicuri/salah dikendalikan | RM12.00 |
3 | Penutupan akaun selepas 3 bulan tetapi dalam tempoh 6 bulan dari pembukaan (diminta oleh pelanggan) | RM20.00 |
4 | Penutupan akaun selepas 3 bulan tetapi dalam tempoh 6 bulan dari pembukaan | RM10.00 |
5 | Salinan tambahan/pengeluaran semula penyata akaun simpanan untuk 12 bulan yang lalu (diminta oleh pelanggan) | RM10.00 (pendahuluan)RM2.00 (setiap halaman) |
6 | Salinan tambahan/pengeluaran semula penyata akaun simpanan melebihi 12 bulan (diminta oleh pelanggan) | RM30.00 (pendahuluan) + RM2.00 setiap halaman |
7 | Pemindahan dana dalam cawangan yang sama ke cawangan lain dengan arahan | RM5.00 melalui cek jurubank/drawing voucher/arahan dan duti setem RM0.15 ke atas cek jurubank Pilihan lain secara percuma: i) ATM ii) CIMB Clicks |
Bagaimana Cara Pembukaan Akaun?
5 langkah saja diperlu dibuat untuk memohon pembukaan akaun OctoSavers-i CIMB :
- Muat turun Aplikasi CIMB Apply atau scan QR code pada poster di bawah. Klik ‘Open New Account’
- Imbas Mykad dan aktifkan pengecaman wajah untuk mengesahkan identiti anda.
- Isi e-borang untuk pembukaan akaun.
- Masukkan deposit RM20 pembukaan minima.
- Cipta ID pengguna CIMB Clicks anda.
Selesai!
Kad debit Octo anda akan dihantar ke rumah dalam masa 7-14 hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari pautan berikut:- https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/accounts/savings-account/octosavers-account-i.html