Perbankan internet Bank Islam / Bank Islam Internet Banking membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan secara atas talian dan boleh diakses pada bila-bila masa dan walau dimana pun anda berada. Segala pemintaan seperti dibawah juga boleh didapati melalui akaun Bank Islam atas talian.
-
- Rumusan Akaun
- E-Statement
- Pengurusan cek
- Sejarah Transaksi Perbankan Internet
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Apakah Syarat Pendaftaran ?
Syarat-syarat untuk layak mendaftar perbankan internet Bank Islam adalah seperti berikut
-
- Berumur 18 tahun dan ke atas sahaja
- Mempunyai akaun peribadi / akaun semasa yang telah berdaftar
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal
- Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
- Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan
Bagaimana Cara Mendaftar?
Untuk mendaftar, sila rujuk langkah berikut
- Layari laman web rasmi Bank Islam di pautan ini https://www.bankislam.biz
- Klik pada butang “FIRST TIME USER”.
- Jangan lupa baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.
- Sila klik pada butang ATM/Debit Card.
- Boleh masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.
- Sila cipta USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang tersedia.
- Semak dan sahkan maklumat anda dengan mengklik “Confirm”;
- Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Internet Banking.
Cara Daftar GO Bank Islam (Aplikasi Mobile Bank Islam)
Untuk pengetahuan semua, Bank Islam juga menyediakan Mobile Apps yang yang boleh dimuat turun dari Google Play Store ataupun Apple Store,
-
- Muat turun aplikasi GO Bank Islam
- Masukkan User ID & password yang telah didaftarkan di internet banking anda
- Masukkan kod IAC yang diterima melalui telefon bimbit anda.
- Selesai mendaftar, anda boleh login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda dengan mudah sahaja.
Maklumat Lanjut
Segala pertanyaan atau maklumat tambah sila rujuk laman web rasmi Bank Islam di pautan ini https://www.bankislam.biz
Bank Islam : +60326900900
Media sosial Bank Islam di : https://www.facebook.com/BankIslamFB/