Pembiayaan peribadi ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir.
Jumlah pembiayaan ini adalah tanpa faedah khas untuk mangsa banjir. BSN MyRinggit-i Banjir dipertingkatkan sehingga RM10,000 berbanding RM5,000 sebelum ini selepas kenyataan yang diumumkan kerajaan.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Bilakah Tarikh Permohonan?
Permohonan boleh dibuat mulai 27 Disember 2021.
Apakah Syarat Kelayakan Untuk Memohon?
-
- Warganegara Malaysia.
- Tinggal di lokasi yang disahkan terjejas (berdasarkan pengesahan oleh Pegawai Daerah/ JKKK/ Laporan Polis).
- Bukan seorang yang muflis.
- Hanya satu permohonan untuk satu isi rumah.
Bagaimana Cara Memohon?
Cara Memohon adalah mengisi borang secara online.
Jika mempunyai masalah untuk mengakses secara atas talian sila kunjungi cawangan BSN berdekatan untuk memohon.
Muat Turun Borang Permohonan
Dokumen Wajib Ada
Dokumen yang diwajibkan untuk membuat permohonan adalah:
-
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan bil elektrik rumah yang terjejas.
- Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.
Maklumat Pembiayaan
- Kadar Keuntungan: 0.00%
- Had Pembiayaan: Sehingga RM10,000.
- Tempoh Pembiayaan: 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.
- Kaedah Bayaran: Tunai di kaunter BSNArahan TetapIBG/ e-paymentATM/ CDM/ myBSNMana-mana kaedah yang dibenarkan oleh BSN.
Semakan Status Permohonan:
Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan dilakukan.
Pelanggan juga boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui pautan Semak Permohonan – MyRinggit-i Banjir.
Nota:
Maklumat Lanjut:
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.