Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Untuk makluman anda semua, 17 Mei 2021 merupakan tarikh untuk penebusan nombor baucar untuk para penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.
Kaedah penebusan baucar ini adalah utnuk menyenangkan mereka yang tidak mempunyai akaun bank untuk menerima pembayaran dan pengkreditan BPR serta terdapat penerima yang gagal untuk menerima bayaran walaupun telah memiliki akaun bank. Justeru itu, penebusan nombor baucar tunai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.
Kami dari Portal Info ingin berkongsi cara-cara penebusan baucar tunai BPR Fasa 2.
Baca Juga: i-Sinar: Pembayaran Akan Berakhir Pada Jun 2021. Buat Semakan Segera!
Info Penting Nombor Baucar / Siri BPR
Penebusan nombor baucar ini adalah bagi mereka yang tidak memiliki mana-mana akaun bagi menerima bayaran BPR Fasa 2.
Bermula 17 Mei 2021, penerima bantuan BPR boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di kawasan anda.
Maklumat Penting!
- Anda perlu membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke cawangan BSN untuk menerima pembayaran secara tunai ini.
Panduan Semak Nombor Baucar BPR
Berikut kami kongsikan kepada anda tatacar untuk semak nombor baucar BPR:
- Sila buka laman rasmi BPR dan log masuk di https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
- Boleh masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang “Semak”.
- Sila pastikan kata kunci keselamatan adalah sahih dan masukkan kata laluan di ruang yang disediakan.
- Boleh pergi ke bahagian maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian “No Baucar”.
- No Baucar BPR Fasa 2 akan dipaparkan & No Baucar ini akan ditunjukkan kepada pegawai BSN semasa membuat penebusan di kaunter.
Info Tambahan
Penerima boleh hadir ke kaunter BSN setelah nombor baucar terpapar di bahagian maklumat.
Jangan lupa paling penting sekali semasa pembayaran tunai, bawa Kad Pengenalan dan Nombor Siri / Baucar.
Maklumat Lanjut
Sebarang permasalahan dan pertanyaan mengenai BPR, anda boleh rujuk melalui cara berikut:
- Portal Rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)