Borang STR Kini Dibuka Untuk Permohonan untuk tahun 2024 – Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan melalui data-data sebelum ini.
Untuk info anda, anda boleh memohon untuk tahun 2024 mulai 1 November 2023. Sila pastikan anda sudah menyemak status permohonan anda atau membuat permohonan baru jika belum. Sila isi dan lengkapkan borang permohonan dengan betul dan lengkap.
Mohon juga : eMadani Shopee Rm100 (TEBUS)
Kadar Bantuan
Mengikut pada Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
Warga Emas Bujang
- RM600
Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
Kadar Bayaran Fasa 1 STR 2024
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima STR yang layak adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Jumlah kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:
Jumlah Bayaran STR Fasa 1 2024
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)
- Tiada anak : RM500
- 1-2 anak : RM500
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak atau lebih : RM500
Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
- Tiada anak : RM100
- 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM300
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150
Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)
Bagi tahun 2024 ini, STR telah ditambahbaik dengan beberapa penambahbaikan iaitu dengan memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:
JUMLAH BAYARAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024
- Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
- Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
- Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150
Borang STR 2024 BK-01 [1/2024]
Borang permohonan baharu STR 2024 BK-01 [1/2024] boleh diperolehi secara percuma melalui laman portal MySTR atau boleh dapatkannya di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.
Bagi secara online, boleh download melalui pautan rasmi berikut – klik DI SINI
Penghantaran Borang Secara Manual
Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.
Pemohon yang menghantar borang secara manual, akan diberikan keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR seperti berikut:
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ) atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui fail PDF berikut: