BMT RISDA 2021| Permohonan & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Permohonan, Semakan & Kemaskini Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2021

Pihak RISDA pada waktu ini sedang mengemaskini permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Pekebun Kecil dan Penoreh Getah bagi tahun 2021. Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Musim Tengkujuh ini, anda dinasihatkan untuk kemaskini maklumat permohonan anda secara online di Portal RISDA bermula 15 September 2021.

Bagi  pemohon baru pula, sila rujuk kriteria dan syarat kelayakan. Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi serta melengkapkan borang.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

BMT RISDA

Apakah Syarat Kelayakan Permohonan BMT RISDA?

Terdapat beberapa kategori bagi setiap syarat kelayakkan Permohonan BMT Risda:

Pekebun Kecil RISDA

    1. Warganegaa Malaysia sahaja.
    2. Semua Pekebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA.
    3. Keluasan kebun hendaklah 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
    4. Pemilik tanah yang sah.
    5. Untuk 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.

Penoreh Bukan Pemilik

    1. Warganegaa Malaysia sahaja.
    2. Semua Pelebun kecil yang telah berdaftar dengan RISDA
    3. Keluasan kebun hendaklah dari 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
    4. Pengesahan pemilik tanah yang sah.
    5. Untuk 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
    6. Mesti mempunyai kad PAT-G yang masih sah.

BMT RISDA

Apakah Langkah Permohonan BMT RISDA

Segala permohonan baru boleh dilakukan dimana-mana pejabat RISDA. Rujuk  laman web http://pekebunkecilmakmur.com.my untuk maklumat lanjut dan menempah  temujanji untuk hadir ke Pejabat RISDA yang terdekat. Selain itu sila rujuk panduan membuat temujanji Pejabat RISDA melalui gambar di bawah:


Bagaimana Langkah Kemaskini BMT 2021?

Langkah di bawah adalah untuk kemaskini BMT 2021 anda:

    • Layari laman web risda https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021.
    • Log masuk dengan menggunakan ID yang telah didaftarkan.
    • Kemaskini butiran maklumat anda.
    • Tekan butang (SAVE) setelah semua maklumat lengkap diisi.

Maklumat Lanjut

Hubungi pihak RISDA jika mempunyai sebarang pertanyaan dan demi mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi di talian Hotline BMT 03-4251 0171 atau mana – mana Pejabat RISDA berhampiran. Segala kehadiran ke pejabat wajib mempunyai tempahan temujanji sahaja.

Pastikan anda memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hubungi
Ibu Pejabat RISDA, Bangunan RISDA, Km 7, Jalan Ampang, Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur
Telefon : 03-4256 4022 / 03-4256 5599
Emel : pekebunkecilmakmur@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/risdamalaysia

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×