Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Menurut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022, kerajaan Sarawak Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan teruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 demi mengurangkan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan
Senarai Bantuan & Insentif BKSS 8.0
1. Bantuan Kewangan 6 Bulan
Dibawah BKSS 8.0, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM285.47 juta selama enam bulan sepanjang tahun 2022 dan memberi bantuan secara one-off.
2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air
BKSS 8.0 juga merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan RM166.8 juta yang memberi manfaat kepada 647,000 isi rumah.
Manakala, diskaun bil air, sebanyak RM24 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.
3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai
Diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan dengan menyedia peruntukan sebanyak RM2.6 juta.
4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen
Seramai 1,725 pengusaha perahu tambang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van akan menerima insentif RM500 sekali bayar dengan jumlah keseluruhan RM0.87 juta, katanya.
5. Geran Peniagaan/ Penjaja RM1,000
Geran sekali bayar RM1,000 akan diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan, katanya.
Bantuan Lain-lain
Selain bantuan di atas, terdapat beberapa lagi bantuan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2022 seperti berikut:
- Housing Deposit Assistance Scheme. Skim ini ada menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 & M40 , dan ini akan diuruskan oleh MUTIARA. This assistance is applicable to affordable housing projects sanctioned by State Government.
- Peruntukkan baru diberikan untuk membantu persatuan persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
- Bantuan Khas satu 1/2 bulan gaji untuk penjawat awam & RM 500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Kerajaan Sarawak seperti berikut: https://service.sarawak.gov.my/