Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Seperti yang dimaklumkan semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada 24 November 2021, proses permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 akan dipermudahkan untuk kesejahteraan semua.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Penerima GKP Yang Tidak Diluluskan
Kerajaan kekal komited untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima. Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
Tempoh Pendaftaran
Bagi permohonan baharu dan kemas kini BKM, tempoh pendaftaran akan dibuka pada:
- Mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022
Ini adalah bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data Kerajaan diberikan peluang untuk memohon.
Tarikh Pembayaran BKM
Untuk makluman juga, pembayaran BKM akan dilaksanakan:
- Dibayar 4 kali setahun
Tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada:
- Tarikh bayaran pertama BKM: Mac 2022
Tarikh kemaskini atau permohonan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Tarikh pembayaran BKM juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Semak kadar bayaran penuh Bantuan Keluarga Malaysia setiap kategori di bawah:
Kadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia
Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.