Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bagaimana Untuk Log Masuk myBKM?
MyBKM merupakan kemudahan online untuk mengemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan bagi tahun 2022.
Sebagaimana yang anda tahu, ia memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Dalam situasi sebegini normal jika kita terlupa laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan. Jika sudah mencuba sebanyak 3 kali, terpaksa pula menunggu sehingga 24 jam sebelum memulakan semula.
Apakah Langkah Reset ID & Password?
- Layari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
- Klik “Terlupa Kata Laluan”
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
- Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Tempoh Mohon Dan Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
Tempoh BKM 2022 ialah bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.
Sementara itu, perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.
Rujuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM seperti jadual diatas.
Antara golongan pemohon yang perlu membuat kemaskini ialah individu yang merupakan pemohon BPR 2021 dan juga termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM.
Manakala, pemohon yang Perlu Membuat Permohonan Terbaru pula adalah:
-
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
Apakah Dokumen Yang Diperlukan?
Pemohon
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Pasangan
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
Anak
a. Anak Kandung
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
– Salinan MyKad / MyKid; dan
– Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan LHDNM atau boleh terus memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Sebarang Pertanyaan Berkenaan Login / Lupa Kata Laluan BKM
-
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : bkm@treasury.gov.my
- Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/
Muat Turun Borang
- Borang Permohonan BKM_2022
- Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan_BKM
- Akuan Penerimaan Borang Permohonan Berkelompok_BKM
- Borang Serahan Dokumen Sokongan_BKM
- Borang Pembatalan Permohonan_BKM
Soalan Lazim