BKC | Cara Tebus Nombor Baucar Di Bank

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Apakah Tujuan Baucar ini?

Nombor baucar ini untuk mereka yang mempunyai masalah ketika proses pengkreditan BKC. Masih ada penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran dan pengkreditan BKC serta ada juga yang gagal untuk terima bayaran walaupun sudah memiliki akaun bank.

Penebusan nombor baucar di bank merupakan satu langkah untuk semua penerima menebus Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemaka

Maklumat Penting Nombor Baucar/Siri BKC

Nombor baucar ini diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah ketika proses pengkreditan BKC atau tidak ada akaun bank. Walaubagaimanapun, nombor baucar ini hanya boleh ditunaikan di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Apa yang paling penting, anda perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke mana-mana cawangan BSN bagi menebus BKC.

Penebusan Baucar BKC Melalui Wakil

Sesiapapun boleh mewakili untuk Penebusan Baucar BKC tetapi telah didaftarkan dengan membawa dokumen tertentu ke BSN, antara dokumen tersebut:

    • Kad pengenalan lama atau baru (asal atau salinan) penerima BKC
    • Kad pengenalan / pasport asal wakil
    • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima BKC dan wakil (asal atau salinan)

Maklumat lanjut mengenai penebusan baucar melalui wakil, anda boleh KLIK SINI

Bagaimana Cara Mudah Semak Nombor Baucar BKC?

    • Buka laman web rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
    • Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan butang semak
    • Pastikan kata kunci keselamatan adalah betul dan masukkan kata laluan
    • Pergi ke maklumat pembayaran dan lihat pada bahagian “No. Baucar” / Siri
    • No Baucar akan dipaparkan dan akan ditunjukkan kepada pegawai BSN ketika membuat penebusan.

Info Tambahan Baucar BKC

Penerima boleh terus hadir ke Kaunter BSN setelah nombor baucar terpapar di bahagian maklumat. Perhatian, ketika membuat penebusan, sila bawa kad pengenalan dan nombor siri/baucar.

Maklumat Lanjut

Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkenaan BKC, anda boleh rujuk portal rasmi BKC di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx? atau menghubungi LHDNM di 1-800-88-2747 (Waktu Operasi 9:00 Pagi – 5:00 Petang)

 

Leave a Comment

Sila Share Dahulu Terima Kasih!

×