Belum Terima i-Citra Oktober? Semak Tarikh Pembayaran i-Citra Sekarang

Pasti ramai belum terima bayaran i=Citra Oktober 2021 dan sehingga sekarang tertanya bilakah tarikh bayaran i-Citra bulan kedua ini akan dikreditkan ke akaun masing-masing.

Oleh itu, Portal Info akan berkongsi kepada anda semakan status dan jadual pembayaran bagi bulan september dan bulan-bulan seterusnya.

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan: https://t.me/portalsemakan

Tarikh Pembayaran i-Citra

Pembayaran i-Citra bagi Oktober telah bermula pada 1 Oktober 2021. Pengkreditan amaun ke bank ahli akan mengambil tempoh masa 1 – 3 hari bekerja tetapi bergantung kepada prosedur bank.

Jadual Bulanan Pembayaran i-Citra

Pembayaran i-Citra juga sama seperti pembayaran I-Sinar : Tarikh pembayaran bulan pertama akan sama dengan tarikh pembayaran bulan kedua dan seterusnya

Contohnya jika bayaran pertama bermula pada 2 Ogos 2021, bayaran kedua berkemungkinan akan jatuh pada 2 September 2021, begitu juga dengan bulan-bulan berikutnya jika jatuh pada hari bekerja.

Sekurang kurangnya bayaran akan dikreditkan dalam tempoh maksimum 2 minggu atau sebelum akhir bulan berkenaan.

Pemohon dibenarkan untuk buat semakan status untuk info lanjut dan maklumat terkini tentang pembayaran.

Bagaimana Cara Buat Semakan Status i-Citra?

Terdapat 2 kaedah untuk menyemak status i-Citra

    • Buka laman web i-Citra KWSP di https://icitra.kwsp.gov.my/
    • Log masuk menggunakan ID dan Kata laluan yang telah didaftarkan
    • Kemudian semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
    • Klik pada WITHDRAWAL HISTORY
    • Seterusnya klik pada paparan yang ada bertulis i-Citra
    • Tarikh bayaran akan dipaparkan seperti contoh di bawah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi Hotline i-Citra di 03-8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us

Untuk info terkini melalui media sosial, anda boleh melayari Facebook rasmi KWSP.

 

Leave a Comment