Belanjawan 2022 | Bantuan Awal Murid Masuk Sekolah

Belanjawan 2022 | Bantuan Awal Murid Sebelum Masuk Sekolah

embentangan Belanjawan dan Bajet 2022 telah berlaku. Diucapkan pada pukul 4.00 PM, oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Kewangan.

Bajet 2022 dirangka berdasarkan senario negara yang sedang beralih ke fasa pemulihan daripada krisis pandemik dan mengikut keperluan utama.

Tahun 2021 sudah hampir ke penghujung. Berikutan sekolah pun sudah hampir tamat, kerajaan telah mewujudkan bantuan khas untuk murid yang boleh digunakan dalam awal persekolahan. Pembelanjaan alat tulis dan buku boleh dikurangkan dengan inisiatif kerajaan ini. Hal ini bersempena meraikan situasi dimana kanak-kanak tak perlu lagi aktiviti PDPR selepas ini dan mereka sudah boleh berjumpa kawan kawan dan mempunyai interaksi pembelajaran yang lebih berkesan dikelas.

Matlamat Bajet 2022

Bajet 2022 mengutamakan jenis bantuan seperti perumahan mampu milik, elaun persekolahan serta rebat internet dan bil utiliti.

Bukan itu saja, teras utama dalam bajet 2022 ini memfokuskan pada 3M iaitu :

    • Melindungi dan Memulih Kehidupan serta Mata Pencarian
    • Membina Semula Daya Ketahanan Negara
    • Memangkin Pembaharuan

Peruntukkan untuk bajet 2022 akan dinaikkan berbanding bajet 2021 . Setelah memperincikan matlamat dalam memelihari kebajikan rakyat , kerajaan akan menampilkan beberapa penambahbaikkan dan pengenalan kepada bantuan dan inisiatif baru.

Bantuan Awal Persekolahan

Sebelum ini, Bantuan Awal Persekolahan ialah sebanyak RM100 tetapi telah dinaikkan daripada RM150 dalam bajet 2022. Walaupun, tidak sebanyak mana, sekurang-kurangnya boleh mengurangkan beban pembelanjaan anak-anak anda. Apatah lagi bagi golongan yang memerlukan seperti B40 yang mengenal bahawa pendidikan anak-anak ialah harapan keluarga dan ilmu sesuatu berharga untuk masa depan.

Maklumat Lanjut Intipati Belanjawan Bajet 2022

Untuk maklumat terkini tentang bantuan-bantuan yang akan disalurkan melalui Belanjawan 2022, sila rujuk:

 

Semoga belanjawan 2022 kali ini memberi manfaat untuk semua rakyat Malaysia.

Kongsikan kepada rakan ,kenalan dan keluarga.

Leave a Comment