Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan. Menurut Perdana Menteri, bantuan ini untuk 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang di Malaysia.
Tarikh Bayaran Bagi Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank
Bagi penerima BKM yang tidak ada akaun bank di Malaysia (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula dikreditkan pada:
-
- 30 Mac 2022
Bayaran untuk jenis ini akan dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara.
Jenis Kategori & Jumlah Bayaran
Kategori Isi Rumah
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM1,000
- 1 – 2 anak: RM1,500
- Anak melebihi 3: RM2,000
- Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- Tiada anak: RM400
- 1 – 2 anak: RM600
- Anak melebihi 3: RM800
Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:
- Tiada anak: RM600
Kategori Bujang
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
- Tiada anak: RM350
Tarikh Rasmi Bayaran BKM
Sebagai pengetahuan anda, bayaran bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang akan bermula pada 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022 yang akan terus dikreditkan ke akaun bank.
Tarikh Permohonan Rayuan Dimulai Pada 2 Mei Dalam Tempoh Sebulan
Tempoh permohonan rayuan juga akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan.